Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad .
Seperti yang sedia maklum, murtad bermaksud meninggalkan atau keluar
dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain
atau memilih untuk kekal tanpa agama. Terdapat juga orang yang murtad
tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila
seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut
tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku
kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan
dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik. Selain itu, ucapan atau
perkataan juga boleh menyebabkan seseorang itu murtad.
Perkataan Yang Boleh Menjadikan Seseorang Itu Murtad Tanpa Sedar
Menurut Ustaz Azhar Idrus, berikut adalah antara perkataan yang boleh
menjadikan seseorang itu murtad. Antara perkataan orang sekarang yang
bolih menyebabkan terkeluar dari Islam ialah :
• Allah tidak mampu beri kesenangan kepada aku.
• Allah zalim jadikan sakit kepada kanak-kanak.
• Kalau kamu minta bantuan Allah pun aku tidak dapat dihalang.
• Sia-sia sahaja berdoa kepada Allah, Allah tak ada kuasa.
• Hukum dalam Quran sudah ketinggalan zaman.
• Hukum hudud zalim.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak wajib lagi menutup aurat.
• Hukum poligami adalah zalim patut dihapuskan.
• Ikut Nabi pun bukannya jadi senang hidup.
• Minum arak tak sepatutnya diharamkan, dia punya suka la nak minum apa pun..
• Seks sejenis tidak haram kerana itu hak peribadi.
• Kalau ikut hukum-hukum Islam, sampai kiamat pun kita tidak akan maju.
• Sunnah Nabi bukan semuanya bagus, ada yang pengotor seperti jilat jari selepas makan.
• Tidak haram bersekedudukan dengan bukan mahram asalkan suka sama suka.
Inilah antara perkataan yang siapa sahaja berkata dengan dia dalam
keadaan sedar maka jadilah dia kafir dan jika mati sebelum bertaubat
maka kekal ia didalam azab neraka selamanya. wal’iyazabillah.
via –Ustaz Azhar Idrus
__________________________________________________________
sumber
0 Comments