Menjadi kebiasaan di Malaysia, apabila kita pernah melalui jalan raya
yang beralun serta berlubang di sana sini dan apabila membuat aduan,
pihak jabatan kerja raya atau majlis perbandaran tempatan akan menurap
tar secara ala kadar yang akan menyebabkan jalan raya kembali berlubang
dan tidak sekata. Dan ini akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan
raya terutama penunggang motosikal.

Kredit: utusan.com.my
Sesiapa yang pernah berada di Jepun pasti akan terpegun melihat
kebersihan jalan raya dan bagaimana jalan raya itu sangat lembut,
mampat, rata dan kemas walaupun ia juga pernah mengalami kerosakan yang
lebih teruk akibat kejadian gempa bumi, tsunami dan banjir besar .

Kredit: ins.bldaily.com
Berbanding di Malaysia, jalan raya akan diturap tar dengan cantik tetapi
dengan teknik ala kadar menjelang pilihanraya atau terdapat majlis
keraian yang besar di kawasan tertentu yang memerlukan jalan raya perlu
dilihat dengan baik oleh para pemimpin yang akan datang melawat kawasan.
Buat beberapa ketika jalan raya akan kelihatan cantik sebelum ia akan
kembali berlubang di sana sini akibat terdedah kepada cuaca yang tidak
menentu dan dilalui lori yang besar dan berat yang selalunya tidak
mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: utusan.com.my
Yang menjadi mangsa adalah pengguna jalan raya yang memandu kereta dan
motosikal. Berapa ramai yang pernah merasai pengalaman tayar kenderaan
yang pecah atau rosak akibat terlanggar lubang di jalan raya yang tidak
ditutup.

Tiada pemimpin dan pihak berkuasa tempatan yang akan bertanggungjawab
membayar kos membaiki tayar kenderaan yang telah rosak atau membayar kos
perubatan pengguna jalan raya yang mengalami kemalangan setelah melalui
jalan raya yang rosak dan tidak dibaiki.

Kredit: msiannewsonline.blogspot.com
Keadaan ini tidak berlaku di Jepun. Jalan raya di Jepun amat bersih dan
kemas, walaupun ia berada di kawasan yang terpencil dan sempit. Jalan
raya di Jepun amat rata dan lembut tanpa terdapat sebarang alunan
sehingga mampu membuat pengguna jalan raya berasa selesa apabila membawa
kenderaan masing-masing.
Di Jepun, para pekerja yang bertanggungjawab menurap jalan raya
mempunyai sikap dan niat yang sangat tegas apabila berhadapan dengan
tugas mereka membina jalan raya yang berkualiti.

Kredit: ins.bldaily.com
Pendekatan sikap yang sama dilakukan apabila mereka menerima aduan
membaiki jalan raya yang rosak, walaupun ia hanya satu kerosakan yang
kecil.
Pekerja akan melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan
bersungguh-sungguh dengan bunyi kerja pembaikan yang minimum. Di samping
itu, laluan bagi kenderaan lain dijaga dengan baik tanpa menimbulkan
kesesakan jalan raya yang teruk.
Peralatan membaiki jalan juga berada dalam keadaan kemas dan baik tanpa dilihat kesan tar yang tidak dibersihkan.

Kredit: ins.bldaily.com
Walaupun bekerja dalam keadaan yang panas, para pekerja akan berpakaian
secara formal dengan ciri-ciri keselamatan yang dititikberatkan.
Sikap mereka menjalankan tugas amat tinggi. Jalan yang rosak akan dibuka
mengikut kedalaman yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi. Tar yang
sudah rosak akan dibuang dengan tiada tertinggal walau sedikit.

Kredit: ins.bldaily.com
Tar tidak diletak sekaligus. Sebaliknya, ia akan diletak secara
perlahan-lahan, dengan lapisan tar yang dimampatkan dan disambung dengan
proses yang sama berulang kali sehingga selesai ke permukaan yang rata
dan sekata, secara jelas menunjukkan yang ia tidak akan berlubang dan
beralun dalam jangka masa terdekat kelak.

Kredit: ins.bldaily.com
Persekitaran pembinaan jalan raya sentiasa kemas dan bersih, dan ia
dikelilingi dengan hadangan keselamatan yang dapat mengingatkan pengguna
jalan raya supaya berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut. Dan
tiada kesesakan jalan raya serta tiada pengguna jalan raya yang tidak
sabar dan panas hati seperti di Malaysia.

Kredit: ins.bldaily.com
Spesifikasi yang ditetapkan dalam penurapan jalan raya bertar di Jepun
adalah setinggi 100 meter, bagi memastikan jalan raya berkeadaan rata,
mampat dan kemas.
Selepas selesai kerja penurapan jalan raya, amat jelas kelihatan tiada
perbezaan antara jalan raya lama dan baru. Dan warnanya juga serupa dan
sekata seakan tiada kerja pembinaan jalan baharu sahaja diselesaikan di
kawasan itu.

Kredit: ins.bldaily.com
Tiada ketinggian yang tidak sekata dari permulaan kerja penurapan
sehingga ke jalan yang terakhir. Dan bahu jalan serta sempadannya juga
tidak terkecuali. Semua berada dalam keadaan yang sekata dan kemas.

Kredit: ins.bldaily.com
Walaupun kaedah yang dilakukan oleh pekerja pembinaan jalan di Jepun ini
mengambil masa dan prosedurnya amat rumit dan memerlukan kesabaran yang
tinggi, namum hasilnya amat hebat dan mengagumkan.
Kualiti jalan raya berada pada tahap tertinggi dan tidak dapat dicapai
oleh mana-mana pembuat jalan raya di dunia. Jalan raya yang digunakan
akan bertahan lama dan kos pembaikan yang berulang kali akan dapat
dielakkan selagi tiada bencana alam yang akan berlaku.

Kredit: ins.bldaily.com
Semuanya bermula dengan etika pekerja pembinaan jalan raya yang sangat
tinggi dan berdisiplin. Mereka akan memastikan yang tugas mereka akan
dijalankan dengan baik.
Mereka juga akan memastikan yang pengguna jalan raya akan dapat
menggunakan jalan raya yang berkualiti dan berada dalam tahap pemanduan
yang selesa.
Apa yang pasti, pekerja pembaikan jalan raya di Jepun tidak akan
menjalankan tugas dengan terburu-buru dan memperdaya pengguna jalan raya
dengan penghasilan penurapan jalan raya yang tidak berkualiti.
Mereka tidak akan menggunakan wang cukai rakyat dengan
sewenang-wenangnya dengan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan
raya yang sepatutnya diutamakan lebih dari segala-galanya. - PESAN TUK
__________________________________________________________
sumber
0 Comments