Kebakaran Hutan. Kritikan PEDAS Gabenor California Ni Terus Buat Trump TERDUDUK | Saya Luv Islam
– Kebakaran hutan di California tidak menampakkan tanda untuk berhenti.
Terkini Gabenor California membuat kritikan pedas yang buat Trump terus
terkesima tak sangka… Jom baca dan kongsikan.
SALAHKAN TRUMP SEBAB KELUAR DARI PERJANJIAN IKLIM PARIS
Gabenor California, Jerry Brown menyalahkan Presiden Donald Trump ekoran kebakaran hutan paling buruk di negeri itu.
Brown berkata, langkah Trump menarik
diri daripada Perjanjian Iklim Paris ‘menyumbang’ kepada bencana di
Selatan California yang kini telah memasuki minggu kedua.
Perjanjian Iklim Paris dianggap pelbagai pihak sebagai satu usaha yang mampu memperlahankan pemanasan global.
Sehingga semalam, ratusan ribu penduduk
di Ventura, Los Angelas dan San Diego serta beberapa bandar berdekatan
dipindahkan ke kawasan selamat.
Media tempatan melaporkan, pasukan bomba
berdepan kesukaran untuk membendung kebakaran hutan yang diburukkan
lagi dengan cuaca panas dan tiupan angin kencang.
Difahamkan, api merebak pantas selepas
angin kering dan panas mirip angin Santa Ana di selatan California
bertiup ke kawasan utara California ke arah Pasifik.
TRUMP TIDAK TAKUT TUHAN?
“Trump sebelum ini menganggap Perjanjian Iklim Paris tidak membawa sebarang manfaat kepada AS.
“Tengok sekarang, apa sudah jadi? Saya fikir Trump tidak takut pada Tuhan..tak takut balasan Tuhan,” ujar Brown.
Pada Jun lalu, Trump membuat kejutan
apabila membuat keputusan meninggalkan perjanjian iklim Paris, yang
turut disertai 195 negara lain di dunia.
Untuk rekod, AS tidak pernah menerima
pakai perjanjian iklim sebelum ini, termasuk Protokol Kyoto 1997, yang
dilihat menjejaskan kredibiliti dan kuasanya mengawal pelepasan karbon. –
60 Minutes
Sumber: Saya Luv Islam via Sinar Harian
__________________________________________________________
sumber
0 Comments