Walaupun menutup aurat likup, namun seseorang pramugari itu belum tentu lagi mampu selamatkan kapal terbang dari terhempas.
Pandangan ini disuarakan oleh seorang kolumnis The Malay Mail Online, Erna Mahyuni.
Menurut beliau dalam tulisannya yang bertajuk ‘Covering up
stewardesses won’t stop plane crashes’, ‘patuh syariah’ adalah istilah
tidak masuk akal yang direka dan bermasalah dari aspek teologi.
“Andaian yang tidak masuk akal seperti Tuhan menghukum penerbangan
yang tidak mengikut syariat adalah merepek. Sekali lagi, ia adalah
teologi yang bermasalah dan tidak kukuh. Ramai wanita yang berpakaian
sopan dirogol seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang cacat
fizikal dan mental,” dakwanya lagi.
Katanya lagi, jenayah rogol adalah bukti bahawa pakaian sopan tidak
mencegah atau menghalang mangsa dari dirogol sambil merujuk kepada
negara Saudi yang kerap berlaku jenayah rogol walaupun wanita tidak
dibenarkan keluar tanpa menutup aurat.
“Ahli politik seharusnya menumpukan perhatian terhadap perkara lain
dan bukannya pakaian seragam pramugari. Sekiranya mata mereka
berkeliaran ke lokasi yang tidak betul, bukan pramugari yang sepatutnya
dikecam,” ujar beliau sekaligus menyelar cadangan pemakaian patuh
syariah untuk pramugari yang diusulkan oleh Senator Datuk Hanafi Mamat.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada abad
ke-21 ini supaya mendidik kaum lelaki dengan betul tentang keperluan
menjaga pandangan dan tangan mereka supaya diletekkan di tempat yang
sepatutnya. Jangan sentuh, jangan pandang jangan bagi cadangan yang
tidak diminta berkenaan pemakaian.
“Saya fikir kita perlu membuat ujian hamsap kepada semua wakil rakyat
yang dipilih. Sesiapa yang gagal tidak dibenarkan untuk berkhidmat.
Selepas itu, mungkin kita akan ada ahli Parlimen yang hanya bercakap
tentang tanggungjawab mereka dan bukannya isu badan pramugari,” katanya
lagi.
__________________________________________________________
sumber
0 Comments