Beberapa negara asing memberi layanan begitu kejam terhadap golongan gelandangan namun tindakan kerajaan Kanada

Di beberapa negara, terdapat reka bentuk bangunan atau kerusi yang diletakkan di tempat-tempat awam dengan rekaan yang gagalatau salah. Namun di sebalik kegagalan itu, kerajaan tempatan sebenarnya mempunyai niat lain iaitu demi menjaga keharmonian dan kecantikan wajah sesuatu tempat itu terutamanya di pusat bandar atau kawasan tarikan pelancong.
Kadang-kadang rekaan tersebut membuatkan kita tidak selesa untuk menggunakannya contohnya sebuah kerusi panjang yang diletakkan penghadang besi di tengah-tengah kerusi. Bukan kita sahaja yang merasa terganggu dengan situasi itu tetapi golongan gelandangan juga terkena kesannya. Hal ini kerana, mereka sudah tidak ada tempat berlindung yang agak selesa bagi mereka.
Contohnya seperti gambar-gambar di bawah. Rekaan yang gagal itu pasti membuatkan hati anda sedih dan terkenangkan nasib gelandangan yang mahu menumpang kasih dan perhatian orang lain.
Universiti Cardiff telah dikritik kerana membina sangkar untuk menghalang gelandangan daripadatidur berhampiran ruang udara panas di kampus mereka ketika musim sejuk. Dikatakan sangkar ini terletak berhampiran bangunan Sir Martin Evans

Di London, lantai yang disimen dengan pepaku seperti ini banyak ditemui untuk mengelakkan gelandangan tidur di kaki lima bangunan

Jika anda ke Tesco di London, anda akan temui pepaku seperti ini

Bangkubaharu yang terdapatdi luar Royal Court of Justice di pusat bandar London

Di Manhantan, New York, kerangka tingkap dibina seperti ini supayagelandangan tidak dapat duduk atau bersandar di tepi-tepi tingkap

Tempat duduk di Euston Road, pusat bandar London

Ini adalah antara reka bentuk kerusi di Jepun. Tiada siapa yang boleh baring di kerusi seperti ini

Di bahagian bawah jambatan diGuangzhou, China terdapat pepaku seperti ini bertujuan tidak membenarkan gelandangan tidur di situ

Di Barcelona, Spain reka bentuk antara tiang dibina secara condong supaya tiada gelandangan yang baring atau tidur di situ.

Terdapat juga binaan tajam seperti ini di bahagian antara tiang yang menghalang sesiapa pun duduk atau bersandar

Di Oxford, England kerusi direka seperti ini supaya tiada gelandangan yang tidur di situ

Biarpun negara-negara maju ini seolah-olah kurang peka dengan keperluan golongan gelandangan, namun masih ada negara yang tidak mengetepikan golongan gelandangan malah menyediakan tempat khas untuk mereka berehat, baring atau tidur.
Maple Leaf Park yang terletak di Kanada adalah antara contohtempatyang menyediakan perkhidmatan rehat untuk gelandangan. Biarpun ringkas tetapimasih selesa buat golongan yang memerlukan bantuan seperti mereka.
Kerusi ini sudah diletakkan papan tanda cari tempat perlindungan di sini

Rupa-rupanya, papan tanda itu boleh dinaikkan. Apabila hujan turun, sesiapa sahaja yang duduk di situ dapat berlindung daripada hujan

Apabila hari menjelang senja, lampu akan bernyala. Pada waktu siang kelihatan perkataan ini ialah kerusi manakala apabila hari beransur malam akan kelihatan perkataan ini ialah bilik tidur

Carakerajaan Kanada melayan golongan gelandangan sungguh mengagumkan dan membuatkan kita juga merasa bersyukur dengan perhatian yang diberikan.
Gelandangan juga adalah orang yang perlu dihormati. Mereka bukannya orang jahat cuma merekasedang menghadapikeadaan yang menyukarkan dan menyedihkan dalam episod kehidupan mereka. Mereka perlu dilindungi. Adakah anda berfikir begitu juga?
Sumber: DKN
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru

Sumber asal : viralsokmo.com
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

0 Comments