Makin
hari, makin kejam! Itu je yang mampu dikatakan sekarang ni. Semalam
seorang kerani Sekolah Agama di Bukit Pasir, Muar ditemui mati
dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Taman Setia Kasih.
Mangsa
yang dikenali sebagai Nurul Shahira Mohamed Yatim yang berumur 29 tahun
ditemui mati terbaring dalam bilik tidurnya di rumahnya dekat Taman
Setia Kasih semalam.
Menurut
kenyataan dari Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob
berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan separuh
bogel dan terdapat juga kesan darah dan kunci rumah berhampiran
mayatnya. Bukan itu sahaja, barang-barang kepunyaan mangsa seperti beg
tangan, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri juga lesap.
__________________________________________________________
sumber
0 Comments