Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menggesa kerajaan segera agar mengharamkan penggunaan e-rokok atau vape di negara ini sebelum ia terlambat dan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan rakyat.
Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, banyak negara pun telah mengharamkan penjualan e-rokok termasuk Brunei, Thailand, Kemboja, Singapura dan Argentina untuk mengelakkan risikonya kepada rakyat masing-masing.
“Negara lain Bahrain, Brazil, Colombia, Greece, Jordan, Kuwait, Lubnan, Lithuania, Mauritius, Mexico, Nepal, Nicaragua, Panama, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Suriname, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Uruguay.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional Gesa Kerajaan Cepat Haramkan Vape
“Oman dalam proses untuk mengharamkan e-rokok. Jepun dan Australia telah mengharamkan e-rokok dengan nikotin. Keputusan bagi kerajaan Malaysia adalah jelas e-rokok perlu diharamkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Muhammad Sha’ani berkata, terdapat banyak kajian dan pandangan pakar mengenai bahaya e-rokok seperti wap e-rokok boleh mengandungi penyebab kanser formaldehid pada tahap sehingga 15 kali lebih tinggi daripada rokok biasa.
Baca: Cecair Rokok Elektronik Berbahaya – Pakar
Juga: Komuniti Vape Mahu Peraturan Lebih Baik, Bukan Larangan
Katanya, laporan turut menyebut wap e-rokok dilaporkan menghasilkan kesan pada paru-paru termasuk keradangan dan kerosakan protein, mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran dan bahaya kepada fungsi reproduktif lain.
Juga: Komuniti Vape Mahu Peraturan Lebih Baik, Bukan Larangan
Katanya, laporan turut menyebut wap e-rokok dilaporkan menghasilkan kesan pada paru-paru termasuk keradangan dan kerosakan protein, mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran dan bahaya kepada fungsi reproduktif lain.
“Bahan
kimia ini mengalir melalui sistem peredaran darah ke otak dan semua
organ-organ. Aerosol ini juga mengandungi kepekatan tinggi zarah halus
yang dihidu dan terperangkap di dalam paru-paru,” katanya.
Katanya,
e-rokok juga merbahaya kerana industri farmaseutikal yang biasanya
menggalakkan pelbagai peranti berhenti merokok tidak menghasilkan
e-rokok sebagai peranti pemberhentian merokok.
“Sebaliknya,
syarikat-syarikat tembakau transnasional telah membeli perniagaan
e-rokok dan mempromosi dan memasarkannya sebagai kurang berbahaya.
“Pemasaran kononnya vape sebagai
tidak berisiko membuktikan usaha pengeluar terdiri dari 80 peratus
pemilikan oleh syarikat rokok bukan sebagai satu cara untuk mengurangkan
dan memberhentikan tabiat merokok,” katanya.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
__________________________________________________________
0 Comments