Inilah Senarai Gaji Fresh Graduate Tahun 2015 Di Malaysia
Gaji Fresh Graduate 2015 di Malaysia Antara RM2,100 dan RM2,300. Berpuas Hati?
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Bhd atau lebih dikenali dengan TalentCorp, Johan Mahmood Merican telah mengeluarkan statistik-statistik yang dirasakan beliau sebagai seorang CEO Talencorp sesuatu yang boleh dibanggakan.
Apa dia statistik yang ingin dikongsikan beliau, antaranya?
Keadaan ekonomi semasa negara bukan cerminan kepada pasaran kerja hari ini
Kadar pengangguran di malaysia masih lagi rendah katanya, sekitar 3.2 peratus naik sedikit berbanding 3.0 peratus sebelum ini
Graduan yang telah diserapkan ke dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) akan bertambah kepada 15,000 pada tahun 2016 kelak
Beliau mengatakan gaji fresh graduate di Malaysia pada tahun 2015 adalah lebih kurangan sama dengan gaji fresh graduate tahun 2014 iaitu antara RM2,100 dan RM2,300. Setuju?
__________________________________________________________
0 Comments