Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak2 kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti generasi kelak akan lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Saya setuju dengan cakap suami, "Dengan mengajar anak2 begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Cuba bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa.
Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan?" Kita hanya ingin hidup aman dan gembira... Alangkah indahnya seandainya kita didik anak2 kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada. Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu....
KREDIT
__________________________________________________________
sumber
0 Comments