Video Aksi Si Anak Berjaya ‘Menipu’ Ayahnya. Comel!!

Screen-Shot-2015-09-14-at-5.47.13-PM

Ditulis Oleh : Fara Ismail    |    Foto Kredit : siakapkeli

Hati siapa yang tak tercuit bila tengok gelagat comel budak kecik depan mata. Tenang sungguh hati! Baru-baru ni di Facebook, ramai yang viralkan satu video dimana si anak ni bersungguh-sungguh nak membatalkan niat si ayah untuk memotong kukunya. Hahahaha! Comel sangat!

Pandai betul si anak ni nak mainkan jiwa ayah dia. Bila ayah dia mula je pegang tangan comel si anak tu dengan niat nak memotong kuku anak dia, dan-dan je si anak ni akan buat-buat menjerit (kononnya sakit la) padahal si ayah ni tak potong lagi kuku tu. Dah la buat perangai menjerit tu satu hal, lagi bertambah satu hal bila si anak ni gelak apabila melihat reaksi ayahnya.

Nak dijadikan cerita, sampai ke sudah si ayah ni tak berjaya nak potong kuku anak perempuannya tu! Hahahaha! Si ayah kalah! Si anak menang sebab berjaya gagalkan niat ayahnya itu. Dah kalau tengok anak kecik gelak bersungguh-sungguh, kita pun mesti akan gelak sekali. Bukan gelak sebab lawak tapi gelak sebab tengok si anak kecik tu gelak.

Suria FM nak pesan kepada yang ada anak tu, jaga anak elok-elok ye sebab mereka pelengkap hubungan anda dan pasangan. Bukan itu sahaja, mereka juga adalah rezeki yang DIA turunkan kepada anda. Yang belum ada anak, jangan putus asa. Kena selalu ingat kalau anda tak dapat apa yang anda nak, DIA tengah rancang nak berikan apa yang anda perlu. Banyakkan berdoa ye! Sementara tak ada anak lagi ni, apa kata anda dating puas-puas dengan suami/isteri anda. Kang dah ada anak, tak boleh nak dating berdua dah. Hehehe.



__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

0 Comments