Presiden FAM Letak Jawatan
Presiden Persatuan Bola Sepak MAlaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan meletak jawatan pada Isnin.
Perletakan jawatan Tengku Abdullah
dikaitkan dengan kekalahan buruk 10-0 Harimau Malaya pada aksi
Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi Khamis lalu.
Berikutan keputusan tersebut, Tengku Abdullah dan barisan kepimpinan
FAM dikritik teruk oleh peminta-peminat bola sepak tempatan.
Pengawai FAM mengesahkan laporan tersebut, namun belum mendedahkan penjelasan lebih lanjut.
Sebelum ini Tengku Abdullah menyatakan persediaannya untuk berundur
sebagai presiden persatuan itu namun secara berperingkat-peringkat.
Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pengurusan badan induk bola
sepak negara itu secepat mungkin bagi membolehkan jawatan itu dipangku
sementara waktu oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.
Dalam pada itu baginda mengakui amat kecewa ekoran kekalahan memalukan skuad bola kepada UAE.
Sumber: Mstar
__________________________________________________________
sumber
0 Comments