Memetik laporan dari twitter Bernama Radio24, pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya di Jeddah dan perkara itu disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sini.
Difahamkan pesawat terbabit membuat pendaratan cemas berikutan keadaan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit dan ekor kapal terbang itu jelas memaparkan logo wau Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian aneh berkenaan, namun apa yang pasti, ribut pasir kuat kebetulan memang melanda Makkah termasuk sekitar kawasan Masjidil Haram. – Siakapkeli.my
__________________________________________________________
0 Comments