Seakan-akan sebati dengan adat Melayu bila seorang wanita mula mencecah
umur 20 an, persoalan ‘bila nak kawin’ itu selalu diajukan kepada
mereka.
Mungkin dek kerana itu, ramai gadis mulai panik, ditambah pula dengan rakan-rakan sebaya sudahpun beranak-pinak.
Namun, apa yang diperkatakan oleh Muhammad Arif Aiman harus difahami oleh kaum wanita bahawa perkahwinan itu bukan perkara yang mudah dan boleh diambil ringan.
Orang perempuan jangan main redah jer nak kahwin awal. Pantang tengok orang berlaki kita pun nak berlaki.
Sebelum berlaki, belajar ilmu hukum2 dengan suami kalu tak nak ke
neraka. Orang perempuan banyak ke neraka bukan sebab mereka tak
sembahyang, atau tak puasa, atau tak pergi haji. Tapi ramai dari mereka
yang derhaka kepada suami.
Kena tahu hak seorang suami, batas seorang isteri. Jangan main redah
buat suami macam kawan kita. Suami tak sama status dia dengan mana2 Raja
atas muka bumi ini. President Obama pun masih duduk bawah dia. Kalu
suami keluarkan arahan A, wajib ikut A walaupun Raja kata B. Apatah lagi
kalu orang lain.
Contoh termudah – suami kata tak payah pergilah jumpa kawan 2. Tapi dia
nak pergi jugak sebab kawan ajak. Dia pergi melangkah keluar dari rumah
dalam keadaan suami tak redha, Allah dan Rasul pun tak redha.
Kalu nak mengajuk, jangan lama2. 10-15 minit sudah. Jangan berlarutan
sampai 24 jam. Itu derhaka namanya. Bahkan bermasam muka dengan suami
pun sudah dikira derhaka! Melainkan pada waktu didatangi haid. Tutur
kata kena jaga. Kalu terlepas cakap, kena terus ucap ‘mintak maaf
bang…’.
Seperti kisah suami isteri yang saya ceritakan dahulu. Isterinya sakit.
Selalu terlepas cakap disebabkan gangguan. Tapi isteri yang soleh, dia
tak tunggu waktu untuk ucap ‘mintak maaf bang..’.
Dalam rumahtangga kena faham tugasan masing2 pada urufnya. Si suami
mencari nafakah dan si isterinya menguruskan rumah. Bertolak ansurlah
pada perkara yang boleh diuruskan dengan baik.
Dulu sebelum kahwin hanya urus kendiri. Tak adalah penat sangat. Boleh
bersenang lenang. Tapi bila dah menikah, kena urus suami, kena urus
anak2. Bebanan dah bertambah, tanggungjawab dah bertambah. Bukan isteri
jela, suami pun!!
Maka disini perlu banyak pengorbanan. Dan ubah cara kehidupan. Jangan
bawak kehidupan bujang ke dunia rumahtangga, boleh kucar kacir nantinya.
Perkahwinan bukan untuk sebulan dua. Bukan sebulan dua itu jugalah hanya
anda perlu menutur baik dengan suami, melayan baik suami, tapi untuk
akhir hayatnya InsyAllah atau sekurang2 hingga jodoh ini ke hujungnya.
Rumahtangga bukan soal main-main atau hanya keseronokkan sahaja. Ada
waktunya kita perlu berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Tapi
bersabarlah. Jangan cepat melenting marah. Kalu kita tak mampu nak urus
diri, nak kawal emosi dan perasaan lalu bagaimana kita nak kawal
anak-anak di bawah kelak??
Ingatlah wahai orang perempuan, bila anda berkahwin anda sedang
berhadapan dengan seorang yang akan menentukan syurga atau neraka tempat
anda kelak. Jika baik urusan anda dengan suami, suami pula redha
padanya dan baik pula urusan anda dengan Tuhan, InsyAllah syurga milik
anda.
Akhir kata – Agama penting untuk kehidupan. Agama datang dengan mempelajarinya di hadapan ulama’2 dan membaca kitab.
__________________________________________________________
0 Comments