
Assalamualaikum akak. Saya nak minta tolong akak viralkan masalah kawan
saya. Saya rasa inilah jalan yang terbaik untuk membela nasib isteri
arwah.
Sampai sekarang tiada jalan penyelesaian masalah kawan saya. Sekarang,
isteri arwah sedang menunggu tarikh untuk bersalin. Saya harap akak
dapat merahsiakan nama saya. Jasa baik akak saya amat hargai. Moga Allah
sentiasa melindungi akak sekeluarga. Terima kasih kak Dina.
Di sini saya ingin meluahkan rasa terkilan dengan Kementerian Pelajaran
Tinggi bahagian Politeknik yang tiada perikemanusiaan dan timbang rasa
terhadap pekerjanya sendiri.
Saya ingin menceritakan kisah rakan baik saya yang merayu memohon
pertukaran tetapi langsung tidak diendahkan oleh pihak atasan. Kisah
beliau bermula pada tahun 2008.
Beliau disahkan berpenyakit darah beku di kaki, PE (pulmonary embolism),
DVT (deep vein thrombosis) dan disebabkan penyakit itu juga beliau
menghadapi masalah paru-paru tersumbat yang disahkan oleh pihak
hospital.
Disebabkan masalah itu, beliau tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.
Doktor pakar telah mengeluarkan surat tentang permasalahan beliau.
Sesiapa saja yang menghidap penyakit ini tidak dibenarkan menaiki kapal
terbang kerana ia akan menyebabkan paru-paru tidak dapat mengempam darah
ke seluruh anggota lain kerana tekanan tinggi di atas awangan dan
paru-paru yang tersumbat disebabkan darah beku itu akan merebak ke
bahagian lain seperti jantung, bahagian lower exterimity.
Penyakit beliau juga telah merebak ke organ utama seperti jantung.
Beliau penghidap conjustive cardiac failure. Secara jujurnya saya ingin
memberitahu, beliau memang tidak pernah menaiki kapal terbang dari lahir
sehingga umur 30 tahun. Tetapi disebabkan tugas beliau sebagai
pensyarah, beliau terpaksa ditukarkan ke Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.
Setelah pelbagai usaha dilakukan, rayuan dibuat, tetapi hanya janji
manis pihak atasan diberi. Pihak atasan beri harapan jika penyakit
beliau masih tidak sembuh, beliau dan isteri akan ditukarkan ke
semenanjung.
Dengan berbekalkan harapan tersebut, beliau dan isteri mengambil risiko
untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali permohonan pertukaran kelluar,
beliau pasti akan mengisi tetapi tidak disokong oleh Tuan Pengarah di
sana. Lebih menyedihkan, Tuan Pengarah langsung tidak mendengar rintihan
arwah tentang penyakitnya.
Arwah sangat terasa hati dengan sikap Pengarah PKK kerana beliau diminta untuk memohon cuti tanpa gaji sehingga sembuh.
Doktor pakar sudah mengeluarkan kenyataan bahawa penyakit arwah tidak
boleh sembuh melainkan arwah melakukan pembedahan jantung. Akan tetapi,
hanya harapan tipis untuk sembuh. Lebih menyedihkan, selama 1 tahun 7
bulan beliau di sana, keadaan beliau selalu tidak sihat.
Pada 10 Julai 2015, beliau pulang ke kampung untuk menyambut hari raya
bersama keluarga. Tetapi pada 1 syawal, beliau telah dimasukkan ke
hospital kerana keadaan beliau yang sakit teruk.
Selepas beberapa minggu berada di wad, beliau dikeluarkan tetapi dimasukkan semula kerana keadaan beliau yang semakin teruk.
Tanggal 25 Ogos 2015 pada jam 8 malam, beliau meninggal dunia. Al-fatihah.
Beliau meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung anak sulung
beliau selepas 7 tahun perkahwinan mereka. Permata hati yang
ditunggu-tunggu sejak sekian lama yang dahulunya berita gembira buat
beliau akhirnya bertukar menjadi berita sedih akan akan meninggalkan
kesan mendalam buat si isteri.
Akan lahirnya seorang insan tanpa kasih sayang seorang bapa yang
menginginkan seorang anak sekian lamanya. Inilah balasan di atas
pengorbanan dan jasa baik guru yang selalu diagung-agungkan oleh semua
pihak.
Salam takziah buat pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dan isteri. Semoga
tabah menghadapi dugaan besar tersebut dan mendidik anakmu supaya
menjadi insan berguna di dunia dan akhirat, amin.
Terima kasih kerana memisahkan hubungan anak dengan ayah. Terima kasih
kerana perangai tidak berperikemanusiaan pihak atasan, anak sulung arwah
tidak dapat mengenali arwah. Terima kasih semua.
__________________________________________________________
0 Comments