Kafe yang terletak di Higashi Ikebukuro itu kini mula mendapat tarikan ramai.
Pelanggan yang mahu ke situ perlu membuat tempahan melalui telefon dan sebaik mereka tiba, pelayan wanita yang hanya memakai bikini dan apron akan menyambut pelanggan tersebut.
`Isteri’ tersebut akan melayan dan memainkan peranan sebagai seorang isteri ketika masak untuk pelanggan.
Tetapi bukan hanya `isteri disediakan sebaliknya seorang wanita juga boleh memiliki `suami’ di kafe berkenaan yang akan menemani mereka dan hanya memakai pakaian mendedahkan.
Pelayan lelaki itu akan digelar `suami tersayang’ yang akan turut melayan pelanggan wanita, sama seperti mereka melayan isteri. – MYNEWSHUB.CC
__________________________________________________________
0 Comments