Susulan kes kakitangan PTPTN
cawangan Rawang yang viral tempoh hari, dalam perkembangan terkini
difahamkan masalah tersebut telah selesai di antara pihak PTPTN Selangor
dengan Cikgu Kavithra Subramaniam.
“Terima
kasih kepada Pengurus Besar PTPTN Negeri Selangor, Puan Rohaida Deris
dan PTPTN kerana telah mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai
berkenaan.
“Puan
Rohaida telah meneliti CCTV sebagai bukti aduan saya dan meminta maaf
kepada saya. Saya rasa segan kerana seorang pegawai tinggi meminta maaf
tetapi pegawai lelaki itu menafikan dan menyatakan saya berbohong.
Bukan itu sahaja, beliau mencaci profesion saya sebagai warga pendidik.
Begitu hinakah kami?” soalnya.

Cikgu India Dakwa Kakitangan PTPTN Tengkingnya: ‘Kes Kakitangan PTPTN Rawang, Selesai’
Dalam
status yang dimuat naik pada 4 September itu, Kavithra juga menyatakan
kekecewaannya terhadap komen dan blog yang didakwanya telah
menokok-nambah statusnya dengan suntkan berbaur rasis.
“..’Jangan
percaya cakap India itu. Publisiti Murahan..’, adakah seperti itu
merujuk saya? Anda ingat begitu hinakah kami yang berbangsa India?”
keluhnya kecewa yang juga meminta blog seperti Gile Kentang dan The Hype
Media keluar dari tempurung kelapa.
“Negara kita sudah mencapai merdeka 58 tahun namun anda dan segelintir masyarakat masih tidak berjiwa merdeka,” katanya.
PENAFIAN
Untuk
makluman Puan Kavithra Subramaniam, kami tidak pernah menokok tambah
kes anda mahupun menyuntik sebarang elemen rasis dalam kes anda.
Kenyataan
“Jangan Percaya Cakap India Itu. Publisiti Murahan” itu adalah
kenyataan dari pegawai lelaki itu sendiri yang kini telah memadamnya
dari laman Facebook.
Dalam
kes seperti ini, kami tidak sesekali menyokong mana-mana pihak dan
hanya bertindak melaporkan apa yang viral di laman sosial.
Kenyataan
‘keluar dari tempurung kelapa’ dan ‘anda masih tidak berjiwa merdeka’
itu agak keterlaluan. Niat melaporkan kes akhirnya disalah-ertikan
sehingga menimbulkan sangkaan yang tidak baik terhadap laman ini.
Walau
bagaimanapun, beribu-ribu tahniah di atas ‘kemenangan’ yang anda
perolehi dan semoga terus sukses dengan karier anda sebagai warga
pendidik.
__________________________________________________________
sumber
0 Comments