BUNYI
paluan gong sayup-sayup kedengaran di Kampung Ansip, Keningau, Sabah.
Bunyi itu menandakan terdapat kematian yang berlaku dalam sesebuah
keluarga…
Sejurus gong dipalu, semua penduduk kampung perlu berhenti daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jika ada yang masih berdegil, mereka perlu memberi seekor babi kepada keluarga si mati…Selang beberapa minit selepas gong dibunyikan, seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul di rumah keluarga si mati untuk menangisi dan meratapi pemergiannya…
Sejurus gong dipalu, semua penduduk kampung perlu berhenti daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jika ada yang masih berdegil, mereka perlu memberi seekor babi kepada keluarga si mati…Selang beberapa minit selepas gong dibunyikan, seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul di rumah keluarga si mati untuk menangisi dan meratapi pemergiannya…
Mayat kemudian akan
dimandikan, dikenakan pakaian cantik dan dibiarkan berada di rumah
keluarganya selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu
tempayan yang diperbuat daripada tanah liat…Bekas itu boleh didapati
dalam pelbagai saiz dan dibeli daripada penjual tajau…
Selesai upacara memasukkan mayat, tajau itu akan diusung untuk diletakkan di lima sirap iaitu sebuah pondok besar dan tinggi…
Menurut pembuat lima
sirap, Simon Susuru, bagi suku kaum Murut, mereka percaya urusan
kematian perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut adat resam bagi
mengelakkan berlakunya sebarang bencana atau musibah…
Mereka percaya mayat
yang sudah meninggal harus dikebumikan seperti kedudukan mereka di dalam
rahim ibu,,,kata Simon ketika ditemui kru Jurnal di pameran kraf
warisan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
baru-baru ini…
Bomoh Babalian
Tambah lelaki berusia 61
tahun itu,,,proses pengebumian masyarakat Murut terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengebumian…Sebelum
pengebumian, ahli keluarga akan membunyikan gong dengan bunyi tertentu
untuk memberitahu seluruh masyarakat kampung bahawa terdapat keramaian
bagi menghormati si mati…
Bunyi yang dihasilkan
akan membawa maksud berbeza bagi mewakili jantina, pangkat dan punca
kematian seseorang itu,ujarnya sambil memberitahu aktiviti penguburan
itu lazimnya diamalkan oleh masyarakat kuno Murut di Sabah sejak beratus
bertahun lalu…
Simon yang merupakan
suku kaum Murut daripada etnik Paluan berkata, pukulan gong itu akan
dilakukan pada tiga hari berturut-turut…
Paluan pada hari pertama
untuk mengkhabarkan terdapat kematian, manakala hari kedua bagi
memaklumkan yang mayat masih berada di rumah…
Pukulan gong pada hari terakhir adalah untuk memberitahu mayat sudah dikebumikan…
Dulu semasa saya tinggal
di Tambunan,Sabah saya juga melihat suasana pengebumian masyarakat
Kadazan Dusun dikebumikan.Bunyi paluan gong mengiringi mayat hingga ke
kubur,dan disetiap kampung mempunyai kuburnya sendiri, walaupun jarak
diantara kampung tidaklah sejauh mana…
Racun lontong..
Bercerita lanjut, Simon memberitahu, pada hari ketiga, barulah mayat akan dimasukkan ke dalam tajau berkenaan…
Untuk memasukkan mayat
ke dalam tempayan itu, terdapat satu upacara yang akan dilakukan oleh
bomoh Babalian yang dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib…
Upacara yang perlu
dilakukan bomoh itu adalah menyiram mayat dengan air panas untuk
melembutkan otot dan tulang-temulang mereka supaya mudah untuk
dimasukkan ke dalam tajau tersebut…
0 Comments