ENTAH bermula sejak bila, tiba-tiba rokok vape (vaporizer) menjadi satu fenomena dan kegilaan ramai sehingga kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat di mana-mana.
Barangkali, ramai yang memuji rokok vape
ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok biasa. Namun, sejauh mana
manfaat rokok jenis elektonik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya.
Peliknya, gara-gara persepsi dan anggapan bahawa alat ini ‘selamat’
untuk digunakan, ramai anak gadis berani turut serta merasai sendiri
kenikmatan menghisap rokok vape.
Lebih kronik, jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar
ditemui, kini mereka tanpa segan silu dan tiada perasaan malu untuk
menghembuskan asap rokok vape dikhalayak ramai.
Malah, ada juga gadis yang bangga berkongsi gambar selfie sambil menghisap rokok vape seolah-olah bangga dengan aksinya yang disifatkan cool.
Buktinya, lihat aksi tidak tahu malu beberapa gadis Melayu yang
sama-sama ‘berjemaah’ menghasilkan hembusan kepulan asap tebal
menggunakan rokok vape.
Alahai, elok-elok manis mengenakan baju kurung dan bertudung litup, habis hilang semua elemen kesantunan dan kesopanan.
Malah, para lelaki sendiri termasuk penghisap rokok tegar mengakui
tidak suka melihat gadis yang merokok kerana berpendapat gadis seperti
ini bagaikan tiada tarikan.
Bila tersebar hal-hal seperti ini, sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej wanita Melayu yang cukup terkenal adab sopannya.
Apa pun, semoga kisah viral ‘gadis-gadis vape’ ini menjadi sempadan
dan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mengikut jejak langkah yang
memalukan seperti ini.
__________________________________________________________
sumber
0 Comments