SEORANG
gadis berusia 15 tahun menjadi kegilaan netizen di China selepas dia
menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah seluruh wajahnya.
Gadis
tersebut yang berasal dari wilayah Henan, dikategorikan sebagai
‘terlampau cantik untuk dilihat’ oleh pemilik media sosial yang
menyimpan gambarnya.
Lee Hee Danae, Gadis 15 Tahun Yang ‘Terlalu Cantik Untuk Dilihat’ Jadi Kegilaan
Lebih mengejutkan apabila gadis yang bernama Lee Hee Danae
mempunyai pengikut seramai 400,000 di akaun Weibo (laman sosial
terkenal China) malah turut memberitahu tarikh hari lahirnya iaitu pada
Mei 1999.
Menurut
satu agensi berita tempatan China, Shangaiist, gadis bawah umur tersebut
mendapat lebih 24,000 ‘likes’ di dalam satu portal internet China,
Tencent.
Tambah
akhbar itu lagi, gadis tersebut bertindak melakukan pembedahan kosmetik
untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya, lapor laman web China,
Cbg.cn.
Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa gambar Lee Hee Danae adalah penipuan semata-mata atau disunting secara digital.
Dalam pada
itu, pembedahan plastik seperti pembedahan kelopak mata dah Rhinoplasty
(pembedahan hidung) semakin popular di kalangan penduduk China.
Malah,
ramai wanita yang menjalani pembedahan garisan-V untuk memberi garisan
yang cantik pada rahang sehingga menjadi bentuk ‘love’ (hati).
Pembedahan paling popular yang diminati wanita China adalah melebarkan mata dan mengecilkan muka dengan dagu yang lebih runcing.
Sumber : Mstar__________________________________________________________
sumber
0 Comments