Individu
yang menyebarkan gambar di laman sosial berhubung barangan jualan
seorang penjaja makanan bertaburan di perkarangan Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) yang didakwa akibat tindakan pegawai Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) tampil memohon maaf. Dia tampil secara sukarela pada sidang akhbar untuk menerangkan tindakan yang dilakukannya itu.
“Saya
mohon maaf…sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana
pihak kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya
tahu tindakan itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang
akan kesannya. Sebenarnya pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas”, katanya.
Tujuan dia
memuat naik gambar tersebut kerana bersimpati dan sedih dengan peniaga
tersebut. Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB Datuk Omar Ahmad berkata beliau
telah meminta MBI mengambil tindakan terhadap peniaga tidak berlesen
yang berniaga di sekitar kawasan hospital itu.
“Kita
telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang
berniaga di sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas,” katanya.
Setiausaha MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata pihaknya akan membantu penjaja tersebut mengikut keperluan.
“Kalau dia datang minta bantuan…mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu”, katanya.
Sumber dipetik dari mStar
“Kalau dia datang minta bantuan…mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu”, katanya.
Sumber dipetik dari mStar
KUALA LUMPUR - Gambar seorang wanita tanpa seurat benang dengan badannya
yang mempamerkan lukisan 'airbrush' tersebar di laman sosial baru-baru
ini.
Gambar yang menampakkan 100% susuk badannya itu dimuat naik ke laman
sosial mencetuskan kecaman dari netizen yang menganggapnya sanggup
berb0gel demi wang.
Menurut sumber, wanita berkenaan merupakan seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam di ibu negara.
"Dari semakan saya, wanita ini bernama Shazlin. Pernah bersekolah di
sebuah sekolah di Subang Jaya dan kini bekerja sebagai pensyarah di
sebuah Universiti Awam di Kuala Lumpur," kata sumber.
Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Jon meminta orang ramai memadamkan gambar tersebut.
Jon yang mengaku dirinya adalah suami kepada wanita berkenaan mendakwa,
gambar-gambar yang tersebar adalah fitnah terhadap isterinya.
"Kalau nampak, delete. Jangan aibkan/fitnah orang dihujung jari," katanya.
__________________________________________________________
0 Comments