KENAPA PETUGAS KERETA PERONDA DIKECUALIKAN MEMAKAI TALI PINGGANG ?
August 12, 2015
Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian). Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar. Disini saya berikan jawapannya dan saya share bersama pembaca blog....
Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta. Sebab-sebabnya:
Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang
Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan
penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang
keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu,
pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan
iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ]
memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan
polis, tentera, bomba dan ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.
Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.Cuba
bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak
atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan
anda melakukan tindakan segera. Pasti
tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan
anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan.
PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya
memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di
pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu
diberi pengecualian. Harap maklum. __________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
0 Comments