
“Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan, saya merayu nak susukan bayi saya”
Sedih melihat keadaan seorang bayi bernama Muhammad Raqib Rayyan
yang masih berusia 2 bulan terpaksa berpisah dengan ibu kandungya. Bayi
yang masih 2 bulan ini juga sudah dinafikan haknya untuk mendapat susu
ibu sendiri.

Kisah bayi
malang ini telah dikongsi oleh saudara Dwan Inzaghi di laman
facebooknya bertujuan untuk menyedarkan pihak keluarga bapa bayi
tersebut. Anak yang di rampas dari pada ibunya dilakukan bukan orang
lain akan tetapi oleh ayahnya sendiri, atuk serta neneknya.
Si ibu
yang sudah mengalah sehingga meminta kepada keluarga si suami membawa
bayi itu ke balai polis untuk di susukan dan kemudian diambil kembali
namun permintaannya tidak dilayan.


Amat
menyedihkan bila si kecil ini menjadi mangsa antara pertelingkahan kedua
ibu bapa, apapun permintaan Dwan Inzaghi kepada pengguna facebook agar
memviralkan perkara ini untuk membantu si ibu yang merindui anaknya
setelah 4 hari diambil paksa oleh bapa kandung bayi tersebut.
Difahamkan
pasangan berkenaan menghadapi masalah keluarga. Namun keluarga sebelah
pihak suami masuk campur sehingga tergamak mengambil tindakan seperti
itu. Laporan polis juga telah dibuat, malangnya polis enggan campur
tangan kerana ini adalah masalah rumahtangga.


Menurut
Dwan Inzaghi lagi, kes pasangan itu juga telah dipanjangkan ke mahkamah
dan kini menunggu keputusan mahkamah. Jelasnya lagi, dia berkongsikan
nasib malang yang menimpa ibu muda ini bukan bertujuan mencari salah
mana-mana pihak, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian bagi
menyelamatkan si kecil selain dari memastikan kesihatannya terjaga.
Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh saudara Dwan Inzaghi di facebook beliau:
Kembalikan Muhammad raqib rayyan kepada ibunya…
Lihatlah wajah suci anak comel yang tidak berdosa ini. Baru berusia 2 bulan tetapi sudah dinafikan haknya untuk mendapat susu ibu serta kasih sayang seorang ibu.
Anak ini dirampas secara kasar daripada ibunya sendiri bukan oleh orang lain tetapi oleh ayahnya sendiri serta atuk dan neneknya. Begitu kejam sekali tindakan mereka.
Si ibu sudah mengalah sehinggakan meminta keluarga suaminya membawa bayi ini ke balai polis untuk disusukan dan kemudian ambillah kembali, namun permintaannya tidak dilayan.Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Masuk hari ini sudah tiga hari bayi ini terputus hubungan dengan ibunya. Sangat menyedihkan. Mana hilangnya nilai kemanusiaan?
Wajah sugul baby Raqib Rayyan ketika ditinggalkan ibunya yang ketika itu mendapatkan rawatan di Hospital. Gambar dua- percubaan Opah Raqib untuk mencuba susu botol kepada cucunya tapi Raqib enggan menerima.
Jadi bagaimana suami dan mentua ibu Raqib nak memberikan susu kepada bayi ini.
Dan yang paling penting dalam keluarga sebelah bapanya, mereka tidak pernah mempunyai bayi sebelum ini. Jadi bagaimana mereka nak menjaga Raqib dan memahami ragam serta masalah bayi.Apa pendapat anda? Dimanakah nilai kemanusiaan keluarga ini? Post ini tidak bertujuan memburukkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya menuntut simpati agar bayi ini tidak dinafikan hak untuk menerima susu ibunya sendiri. Urusan mahkamah tetap akan dibuat dan apa keputusannya akan dihormati.


Menurut si
ibu, bekalan susu badan masih tidak dapat disampaikan kepada bayinya
sehingga kini.
Si ibu juga sudah buntu bagaimana cara untuk bayinya
mendapat bekalan susu yang berkhasiat.
Ya Allah.. bantulah si ibu ini.
hancur luluh hatinya.
Semoga
masalah mereka ini segera dapat diselesaikan. Kasihanilah bayi ini,
kerana masa
depannya masih jauh lagi. Berikanlah kehidupan sempurna
keatas anak ini. Bagi kaum keluarga
pula, elakkanlah campur tangan
masalah rumah tangga anak-anak. Beri anak-anak ruang
untuk menyelesaikan
masalah sendiri. Bukan tidak boleh campur tangan langsung, tetapi
biarlah berpada-pada. Cukuplah dengan memberi nasihat tetapi bukan
meruntuhkan
atau mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber : Popiyah__________________________________________________________
sumber
0 Comments