Kejatuhan Ringgit Bagus Kerana Rakyat Malaysia Akan Membeli Barangan
Tempatan - Ahmad Maslan|sekali lagi ahmad maslan menimbulkan kontroversi
mengenai kejatuhan nilai duit ringgit malaysia.
(Nota oleh D Ahmad b Maslan TMK)
1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai
ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. Pada tahun 2014, ringgit
menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia ,
rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun
ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK,
matawang Euro & yen Jepun.
Persoalannya. Kenapa nak banding dengan matawang dari negara lain?
Kenapa tak hurai je kejatuhan nilai ringgit daripada sibuk membanding
dengan matawang negara lain?
2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum
dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor
antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93
setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu
USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober
adalah tinggi.
Jadi. Apa langkah kerajaan untuk menanggani permasalahan tersebut?
Petroleum bukan hanya dijualbeli melibatkan negara Malaysia. Bahkan
negara2 lain juga termasuk Amerika. Kenapa matawang mereka kian mengukuh
dan matawang kita kian jatuh?
3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn
dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480
& terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula
tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn
nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan
negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
'Tak semestinya' bukan jawapan yang pasti. Rakyat mahu kerajaan berikan satu penyelesaian kepada perkara tersebut.
4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg
diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih
banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor
pembuatan dalam negara.
Jadi. Bagaimana ini mampu membantu ringgit menjadi kukuh dan tidak
terus jatuh untuk hari2 mendatang? Bukan semua rakyat Malaysia jenis
membeli barangan import dan bukan semua jenis barangan dapat dihasilkan
oleh negara. Bagaimana jawapan ini mampu menyelesaikan nilai ringgit
yang kian jatuh?
5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan
mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt,
kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd
Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.
Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri eksport? Dapat
gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan
kurangkan kadar inflasi?
6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan
hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut
pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan
ekonomi berlaku.
Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri pelancongan pula?
Dapat gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan
kurangkan kadar inflasi? Kejatuhan ringgit memberikan kebaikan untuk
pelancong dan orang Malaysia perlu tepuk tangan?
7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang
kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang.
Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.
Dan bagaimana ini mampu memanfaatkan rakyat terbanyak di negara ini?
8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi
negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak
export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih
berbanding import.
Apa kata bentangkan data dan analisis yang lebih kukuh agar rakyat
boleh mengkaji akan kebenaran kenyataan di atas wahai menteri?
9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan +
(export - import). GDP = consumption + investment + government
expenditure + (export - import). Export yg lebih & import yg kurang
akan mengembangkan KDNK / GDP.
Jadi. Bagaimana perkara ini boleh membantu nilai ringgit bertambah kukuh dan tidak terus susut lagi?
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion &
import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6
billion.
Dan, bagaimana ini boleh menyelesaikan masalah nilai matawang yang kian jatuh?
11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang
luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai
matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun
kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.
Dan, sekarang Ahmad Maslan bercakap bahawa kejatuhan nilai ringgit
memberikan kelebihan kepada warga asing dalam sektor hartanah di mana
mereka boleh membeli lebih banyak rumah, tanah, aset dalam negara akibat
pertukaran matawang dengan mengambil kesempatan atas nilai ringgit yang
semakin jatuh. Jadi bagaimana perkara ini boleh memberikan kelebihan
kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah dan meringankan beban kos
sara hidup mereka? Rakyat Malaysia adalah mereka yang bekerja dan
tinggal disini. Rakyat Malaysia bukan orang luar atau warga asing. Just
in case kalau Ahmad Maslan lupa tentang fakta itu.
12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh
MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas juga perlu terus mencari
sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk
hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.
Okay. Sementara itu apakah pelan jangka pendek untuk mengelakkan nilai ringgit dari terus susut?
13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu
penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn
ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia
negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.
Owhh okay. Apa kata bentangkan satu data kajian dan analisis bahawa
rakyat Malaysia perlu buat bodoh aje dengan kejatuhan nilai ringgit
untuk tujuan perbahasan dan perbincangan?
14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara
Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran
tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar
pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.
Ini pelan BNM. Sekarang nyatakan apa pelan tindakan kabinet Najib dan kementerian kewangan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak
terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk
setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata tahun ini
sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada
Nov & Dis sekarang ini.
Dan kenapa jawapan ini boleh menghuraikan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?
16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak
turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat
perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1 Jan 2015 melihat
kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg
tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata
subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen
seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan
pasaran yg baik utk banyak pihak.
Dan kenapa jawapan di atas ada kaitan dengan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?
Pertama. Ahmad Maslan kau neh tak menjawab soalan. Orang nak tahu.
Kenapa nilai ringgit jatuh. Dan orang nak tahu. Bagaimanakah negara akan
terjejas dengan perkara tersebut. Dan bagaimanakah kerajaan akan
menanggani permasalahan tersebut. Apakah pelan tindakan kabinet dan
adakah kerajaan bersedia berterus terang dengan rakyat bagi mengatasi
masalah ekonomi di negara ini.
Kedua. Dia menjawab secara membuta tuli. Memuji bahawa kejatuhan
nilai ringgit menguntungkan orang luar. So? Adakah negara Malaysia ini
sebenarnya wujud untuk memberikan kesenangan kepada ORANG LUAR?
Ketiga. Dia suruh rakyat Malaysia fikir positif. Dia huraikan
bagaimana kejatuhan nilai ringgit membantu industri eksport dan
pelancongan di negara berkembang. Adakah kesemua rakyat Malaysia neh
jenis bekerja dan terlibat dalam kedua2 sektor tersebut?
Keempat. Dia juga bercakap bahawa rakyat Malaysia akan berkalih ke
barangan tempatan selepas barangan import jadi lebih 'mahal' akibat
pertukaran matawang. Cara dia membayangkan bahawa owhhh bagusnya. Kita
sekarang dah boleh support IKS. Nasib baik ringgit jatuh. Syukurlah..
rakyat Malaysia. Jom kita support product tempatan.
Kepala bana.
First. Aku nak tengok si mangkok ayun tue pakai hp apa. Kereta apa.
Kasut apa. Beg pergi kerja apa. Kalau dia pun kadang2 terpaksa membeli
barangan import atas sebab kesesuaian dan keperluan macam mana plak dia
boleh fikir kejatuhan nilai ringgit akan membolehkan rakyat Malaysia
berkalih kepada product tempatan berbanding membeli barangan import.
Faham tak point aku"?
Kalau tak faham, takpe. Faham kesimpulan je cukup la. Point aku ialah
Ahmad Maslan ialah menteri yang bodoh paling bodoh, terbodoh dan sangat
bodoh dalam sejarah menteri2 yang wujud kat negara neh dan diikuti
dengan Hasan Malek.
__________________________________________________________
0 Comments