Dalam dunia ni, hanya 3 orang lelaki sahaja yang saya cium tangannya
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan merayu agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari terus menyerang kerajaan.
Beliau ketika ditemui SuaraTV ketika Majlis Aidilfitri JASA 2015 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, tindakan Dr Mahathir itu
tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara.
“Saya harap beliau (Tun Mahathir) berubah kerana apa yang beliau
lakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan
tanahair.
“Saya amat menghormati beliau (kerana) dalam dunia ini ada tiga orang
sahaja yang saya cium tangannya (ketika bersalam) yang pertama tangan
arwah ayah saya, yang kedua tangan Tun Abdullah Ahmad Badawi (dan) yang
ketika tangan Tun Dr Mahathir Mohamad” katanya kepada SuaraTV malam
tadi.
Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, kenyataan tersebut hanya merujuk
kepada ahli politik dan orang biasa melainkan Sultan dan Raja-Raja
Melayu.
Beliau turut melahirkan harapan agar Dr Mahathir berhenti dari
membuat kenyataan terbuka yang boleh melemahkan parti dan kerajaan.
“Harapan kita ialah agar beliau tidak lagi menyerang (dengan) begitu rupa.
“Itulah harapan ikhlas dari saya, sebagai seorang yang menganggap Tun
Dr Mahathir (sebagai) negarawan dan juga idola politik” katanya ketika
diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang mempertikaikan
penjelasan kerajaan berhubung isu dana politik.
Menurutnya atas sebab itu juga beliau cuba untuk mengelakkan dari
memberikan sebarang komen yang dianggap kurang sesuai terhadap Dr
Mahathir.
Terdahulu mantan Perdana Menteri itu berkata perhimpunan jalanan
boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak dari jawatannya.
“Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita
tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan
orang lain.
“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas
perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul
Rahman petang semalam.
Sumber: Suara.tv
__________________________________________________________
sumber
0 Comments