Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Lima Kenderaan Di Simpang Renggam


SIMPANG RENGGAM: Tiga beranak, termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam satu nahas jalan raya yang membabitkan lima kenderaan di Kilometer 55.9, berhampiran Simpang Renggam di Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi tadi.

Kesemua mereka menaiki dua motosikal dalam kejadian yang berlaku jam 5 pagi itu.

Turut terbabit dalam kemalangan tersebut adalah sebuah motosikal, sebuah lori kontena dan sebuah kereta jenis Volkswagen.

"Polis masih sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian termasuk mengambil keterangan daripada pemandu lori dan kereta terbabit.

"Pada masa sama, polis juga dalam usaha mengenalpasti identiti mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi. Katanya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala seorang daripada mangsa terputus kaki.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang dekat sini, untuk tindakan selanjutnya," kata jurucakap polis. -Siakapkeli.my
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

0 Comments