JUTERA KANTOI RAKAM VIDEO PEHA AMOI..
Gatal tak bertempat, seorang lelaki didakwa cuba merakam video paha
seorang wanita cina yang sedang menaiki eskalator dengan smartphonenya
Sabtu lalu, DICEKUP!
Jurutera Kilang, Nasrul Aizat Zulkifli, 25, mengaku bersalah di hadapan
Majistret Nur Azura Murah terhadap pertuduhan hendak mengaibkan
kehormatan mangsa dengan merakam video bahagian sulit seorang pekerja
kedai telefon yang berusia 29 tahun.
Nasrul didakwa melakukan perbuatan itu di tangga eskalator tingkat 1, Plaza Low Yat, 6.30 petang, 13 Jun yang lalu.
Nasrul dijatuhkan hukuman penjara selama lima hari bermula dari tarikh
dia ditangkap pada 13 Jun lalu, juga didenda sebanyak RM4,000.
Sekiranya gagal membayar denda, Nasrul akan dipenjara selama 5 bulan.
Nasrul didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menaiki eskalator untuk ke
tingkat satu dan menyedari Nasrul meletakkan smartphone di bawah
skirtnya.
Mangsa kemudian meminta Nasrul menunjukkan smartphonenya namun tidak diendahkan serta menafikan dakwaan mangsa.
__________________________________________________________
.png)
0 Comments