KUALA LUMPUR: Menurut sumber yang
diperoleh, pasukan guaman Dato’ Sri Najib telah mengeluarkan surat
bertarikh 8 Julai 2015 kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung dua
artikel berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia tersebut.
Surat tersebut dikeluarkan oleh
Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menamakan Lembaga Pengarah Dow Jones
& Company, Inc sebagai penerima surat guaman tersebut.
Surat tersebut menyatakan bahawa artikel
yang ditulis oleh Simon Clark dan Tm Wright di dalam WSJ yang bertajuk
“Malaysia Leader’s Account Probed” yang diterbitkan pada 2 Julai 2015
dan “Scandal In Malaysia” yang diterbitkan pada 6 Julai 2015.
Menurut surat itu lagi, peguam Dato’ Sri
Najib telah diarahkan untuk mendapatkan kepastian daripada WSJ adakah
pendirian mereka di dalam artikel tersebut yang menyatakan bahawa Dato’
Sri Najib telah menerima hampir USD 700juta daripada 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Pihak peguam Dato’ Sri Najib juga
menyebut bahawa arahan tersebut adalah kerana penulis tidak pasti sumber
wang tersebut dan apakah yang terjadi kepada wang tersebut pada
akhirnya.
Walhal, keseluruhan artikel tersebut
telah menampakkan secara jelas bahawa wang hampir USD 700 juta telah
diterima oleh Dato’ Sri Najib yang dimiliki oleh 1MDB. Surat tersebut
juga menyatakan bahawa dakwaan WSJ diambil serius dan tindakan
undang-undang akan diambil.
Peguam Dato’ Sri Najib juga meminta
jawapan dalam masa 14 hari bermula pada tarikh surat tersebut dan
memaklumkan sekiranya WSJ telah melantik peguam di Malaysia bagi
mewakili syarikat dan juga penulis artikel tersebut.
Bagi mereka yang bertanyakan samada
Dato’ Sri Najib akan mengambil tindakan undang-undang atau tidak
terhadap WSJ, inilah jawapan kepada persoalan tersebut. Kes ini akan
dihadapkan ke mahkamah sekiranya WSJ menjawab bahawa dakwaan mereka
bahawa Dato’ Sri Najib menerima hampir USD 700 juta adalah benar-benar
dimaksudkan oleh WSJ ataupun tidak.
Sudah tentu sekiranya WSJ menjawab
bahawa dakwaan tersebut bukanlah maksud mereka, maka artikel tersebut
akan ditarik balik dan kredibiliti WSJ akan tercalar. Pada masa yang
sama, Dato’ Sri Najib sudah tentu akan dapat membersihkan nama beliau
sekaligus menolak segala persepsi buruk dan fitnah yang dilemparkan
kepada beliau selama ini. – KLXPress
.png)
0 Comments