Tidak
dibenarkan solat dan berpuasa selain dicucuh dengan senduk panas kerana
lambat memasak. Itu antara penderaan fizikal dan mental dialami seorang
tukang masak bersama abangnya sejak November 2013.
Mangsa warga India, Rahmathullah Nukuman Hakkin, 21, dan abangnya Nurul Amin, 23, mendakwa didera majikan selepas mereka diambil bekerja di sebuah restoran di Ipoh, Perak.
Majikan Durjana! Tak Dibenarkan Solat, Puasa, Duduk Dan Rehat – Kerja Lebih 12 Jam Rehat Cuma Setengah Hari Seminggu
Mereka
yang ditawarkan gaji bulan RM1,000 turut dipaksa bekerja lebih 12 jam
sehari selain hanya diberi cuti setengah hari seminggu.
Menceritakan
kembali penderitaan dialami, Rahmathullah berkata, waktu mereka
bertugas bermula pada jam 5 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah malam
setiap hari.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, mereka berdua tidak dibenarkan duduk atau berehat.
Sumber : Metro__________________________________________________________
.png)
sumber
0 Comments