Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.
"Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.
Dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 8 deposit itu setiap satunya berjumlah di antara RM150,000 sehingga RM300,000.
Bagaimanapun, ia mendakwa deposit dalam jumlah yang besar sebegitu biasanya perlu dilaporkan ke Bank Negara Malaysia tetapi tidak dilaporkan kerana salah seorang ahli lembaga pengarah bank itu merupakan pengerusi firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sarawak Report boleh mengesahkan akaun bank ini diletakkan di bawah siasatan, kerana ia berkait dengan kemungkinan wang yang digelapkan berkait dengan 1MDB," laporan itu dipetik.
Panggilan telefon yang dibuat The Malaysian Insider ke nombor tertera di dokumen berkenaan dan didakwa sebagai milik Roslan tidak berjawab dan masuk ke peti simpanan suara.
Portal berita Malaysiakini, bagaimanapun berkata ia berjaya menghubungi Roslan yang berkata dia tidak tahu mengenai deposit wang yang didakwa dilakukan olehnya.
“Tidak, saya tidak tahu,” katanya dipetik oleh Malaysiakini.
Beliau turut memberitahu portal itu tidak pernah bekerja untuk Jabatan Perdana Menteri, atau pun ada kaitan dengan Rosmah.
Sarawak Report berkata akaun bank berkenaan yang dikatakan milik Rosmah kini turut disiasat kerana ia boleh dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1MDB.
Dakwaan ini timbul tepat seminggu selepas The Wall Street Journal mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima wang RM2.3 bilion bersumber asal daripada dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadinya.
Terkini, peguam negara baru saja mengesahkan 2 akaun Najib yang disebut dalam dakwaan itu sudah ditutup sebelum dakwaan itu dibuat pada 2 Julai lalu.
Kenyataan ini mengesahkan laporan WSJ yang menyebut perkara sama tentang status akaun Najib. – 9 Julai, 2015.
#$%Video ini memaparkan saat yang paling menyentuh emosi apabila suspek kes curi bernama Arthur Booth dan hakim yang mengadili kes beliau Mindy Glazer menyedari mereka berdua merupakan rakan sekelas di sekolah menengah yang sama. Hakim Mindy Glazer yang mengendalikan kes ini tiba-tiba bertanya kepada Arthur adakah dia bersekolah di Sekolah Menengah Natilus?
Arthur tampak terkejut apabila Hakim melontarkan soalan itu kepadanya dan akibat malu dengan perbuatan jenayah yang dilakukan dia terus menangis sambil mengatakan “Oh Tuhan” beberapa kali. Hakim Mindy Glazer kemudiannya meluahkan rasa simpati terhadap Arthur dan tertanya-tanya mengapa dia boleh terjebak dalam kancah jenayah kerana beliau sangat mengenali Arthur dan mendakwa Arthur merupakan seorang budak yang baik dan cemerlang ketika di sekolah dahulu.
Arthur dijatuhi hukuman denda sebanyak Usd43,000 atas kesalahan mencuri dan merompak. Sebelum menamatkan sesi perbicaraan, Hakim Mindy Glazer sempat berpesan kepada Arthur agar tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah yang dilakukannya dan menjalani kehidupan dengan mematuhi undang-undang.
Video yang viral di media sosial ini mendapat sehingga 6 juta tontonan dan rata-rata pengguna youtube memberikan komen positif tentang kisah mereka berdua ini.
sumber asal
__________________________________________________________
.png)
sumber
0 Comments