Sepahtu Reunion Live merupakan sitkom komedi yang pertama dirakamkan secara langsung di Astro Warna. Masih mengekalkan konsep yang sama seperti sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Senario iaitu lakonan sketsa dilakukan di hadapan penonton di dalam studio. Sitkom ini merupakan idea asal daripada Jep Sepahtu yang merupakan ahli kumpulan Sepahtu. Sketsa yang dipersembahkan merupakan isu-isu semasa yang berlaku disekeliling masyarakat dan sarat dengan mesej serta pengajaran yang boleh dijadikan teladan dan panduan hidup.
__________________________________________________________
sumber
0 Comments