Berita Baik Untuk Pemegang Akaun ASB , Dividen 2018

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), dengan bayaran dividen tujuh sen seunit, bonus 0.25 sen seunit.

Berita Baik Untuk Pemegang Akaun ASB , Dividen 2018
Berita Baik Untuk Pemegang Akaun ASB , Dividen 2018

Malah ia juga mengumumkan bonus khas satu sen seunit ke atas baki sehingga 10,000 unit sempena Ulang Tahun ke-40nya pada Mac 2018.


Agihan pendapatan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

“Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus, akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Jan 2018, manakala bonus ulang tahun istimewa akan dikreditkan pada 1 Mac 2018,” kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai maklumat terkini suku tahun keempat PNB 2017, di sini Jumaat.

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), Abdul Wahid berkata, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.- BERNAMA



__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

0 Comments