Berikut adalah harga bayaran keseluruhan pembelajaran dan latihan
untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori kelas lesen motosikal atau
kereta pada tahun 2018 berdasarkan struktur kadar harga yuran
pembelajaran dan latihan pemanduan di Insitut Memandu.
Syarat-Syarat:
Mencapai umur 16 tahun dan keatas boleh mendapatkan lesen motosikal B2 atau BFull.
Mencapai umur 17 tahun dan keatas boleh mendapatkan lesen kereta trasmisi automatik atau manual.
Mencapai umur 21 tahun dan keatas boleh mendapatkan lesen E untuk bas/lori.
Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan
pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu adalah
masih berbeza mengikut Institut Memandi di setiap negeri.
Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut kelas.
Kebanyakkan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk
yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran
juga boleh dibuat secara penuh.
Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana ia
turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan
oleh setiap Institut Memandu.
Sumber: www.mysumber.com
__________________________________________________________
sumber
0 Comments