
Pemuda ini menemui satu spesis unik yang berupa seperti telur burung yang aneh dan misteri. Dengan menyangka ia telur dari seekor burung, pemuda ini memerhati perkembangan telur tersebut.
Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati yang spesis ini bukan dari burung tetapi dari spesis tumbuhan.

Untuk pengetahuan anda, spesis tumbuhan ini adalah satu spesis dari keluarga cendawan. Tumbuhan ini dikenali sebagai ‘Devil’s Finger‘ atau ‘Octopus Stinkhorn’ atau nama saintifiknya ‘Clathrus Archeri’.
Apabila ia masih berada dalam benihnya, rupanya seperti sebiji telur burung.

Biasanya antara 4 hingga 8 sesungut akan keluar menjalar dari telur tersebut. Dan apa yang paling aneh dan luarbiasa, tumbuhan ini tidak langsung mempunyai rupa seperti cendawan yang biasa atau tumbuhan aneh lain yang biasa kita lihat. Spesis ‘Devil’s Finger’



Apabila anda mahu memakannya, makanlah semasa ia masih di dalam telur dengan masa yang sesuai.

Amat ajaib apabila melihat spesis cendawan yang luar biasa ini. Bagai melihat tumbuhan pelik dari planet lain!
Mari lihat video dengan info menarik di bawah.
Kredit: erabaru
__________________________________________________________
sumber
0 Comments