Sebelum ini penyanyi Siti Nordiana dan Zoey Rahman mengejutkan ramai
terutamanya peminat mereka apabila telah memuat naik gambar mereka
bersama dan turut menyatakan akan mengumumkan sesuatu.
Pengumuman
Bernikah?
Sebelum mengumumkannya, pelbagai spekulasi telah timbul termasuklah
mengenai mereka bakal mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Akan tetapi,
sangkaan para peminat meleset kerana pengumuman yang dibuat adalah
mengenai pembukaan kedai jualan produk mereka atas talian dimana
kedua-dua selebriti ini aktif berniaga produk mereka sendiri.
Siti Nordiana Dan Zoey Tunaikan Umrah Bersama
Terbaru Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana kini
sedang berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Bukan
keseorangan, kerana selain keluarganya, Nana turut ditemani Zoey dan
pihak pengurusannya.
Sebelum ini ramai pihak mendoakan agar hubungan pasangan ini berakhir
di jinjang pelamin sehingga ada pihak yang mengatakan bahawa mereka ke
sana untuk bernikah seperti yang turut hangat diperkatakan mengenai
spekulasi hubungan Fattah Amin dan Fazura.
Hangat.com cuba menghubungi pihak pengurusan Zoey, dan menurutnya
benar mereka kesana bersama Nana dan keluarga. Akan tetapi mereka kesana
bukanlah untuk bernikah sebaliknya hanya mengerjakan umrah.
Ketika ditanya apakah status hubungan mereka, Zoey dan Nana berkawan
baik dan mengharapkan doa yang terbaik buat mereka. Jadi apa komen anda
mengenai hubungan mereka? Hangat.com melihat mereka sebagai pasangan
yang cukup secocok!
Sumber : gempakmedia.com
0 Comments