Isu Baitulmaqdis. Ini LARANGAN Mahkamah Amerika Terhadap Trump Buat Ramai GEMBIRA | Saya Luv Islam
– Ketika isu Baitulmaqdis panas di seluruh dunia, terkini Mahkamah
Agong Amerika membuat perintah larangan terhadap Presiden Trump buat
ramai umat Islam gembira. Baca dan kongsikan.
LARANGAN PERGI KE ENAM NEGARA
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS)
memutuskan larangan perjalanan Presiden, Donald Trump terhadap enam
negara Islam dikuatkuasakan sepenuhnya lapor Metro.co.uk.
Enam negara tersebut adalah Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.
Dengan penguatkuasaan tersebut bermakna saudara-mara terdekat rakyat AS juga dilarang untuk memasuki negara berkenaan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald
Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada menarik balik
pindahan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor
agensi berita China Xinhua.
Perkara itu dimaklumkan, jurucakap Rumah
Putih, Sarah Sanders dalam satu taklimat media pada Selasa namun beliau
tidak mengulas lanjut.
PEMIMPIN NEGARA-NEGARA LAIN TIDAK BERSETUJU
Sementara itu, jurucakap Presiden
Palestin, Nabil Abu Rdineh dalam satu kenyataan berkata, terdahulu,
menerusi perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas,
Trump menyuarakan hasratnya untuk memindahkan kedutaan tersebut.
Abbas memberi amaran keputusan tersebut
boleh mewujudkan keadaan tegang dan berbahaya kepada proses keamanan,
keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia, katanya.
Beliau menambah, Presiden Palestin akan
terus berhubung dengan pemimpin dunia untuk menghalang tindakan yang
dianggap sebagai tidak boleh diterima.
Difahamkan Trump turut membuat panggilan
telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Raja Jordan
Raja Abdullah II, Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, dan Raja Arab
Saudi Salman Bin Abdulaziz Al Saud.
Semasa kempen presidennya, Trump berikar untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Walaupun Kongres AS meluluskan Akta
Kedutaan Jerusalem 1995, yang memerlukan kedutaan AS di Israel
dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, bekas presiden AS, termasuk
George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, dilihat menangguhkan
perkara itu demi kepentingan keselamatan negara.
Sejak media AS pada minggu lalu
melaporkan Trump akan mengumumkan keputusan untuk mengiktiraf
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, pemimpin Arab telah memberi
amaran bahawa tindakan berkenaan boleh memusnahkan usaha damai di Timur
Tengah. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
The post Isu Baitulmaqdis. Ini LARANGAN Mahkamah Amerika Terhadap Trump Buat Ramai GEMBIRA appeared first on SAYALUVISLAM.Sumber : sayaluvislam
__________________________________________________________
sumber
0 Comments