Sejak
kecoh di media sosial kes Cikgu Azizan ramai yang ingin tahu siapakah
punca yang menyebabkan Cikgu Azizan didakwa di mahkamah.
Memetik
laporan dari Harian Metro, bapa kepada murid berkenaan kini menerima
banyak tekanan dari pelbagai pihak selepas kes tersebut menjadi viral di
media sosial beberapa hari ini.
"Saya belum bersedia, kami sekeluarga menerima terlalu banyak
tekanan. Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenarnya yang berlaku,
esok,"
Namun lelaki
berusia 50 tahun itu enggan ditemubual lebih lanjut. Menurut Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman
Semarak turut meminta orang ramai supaya berhenti dari menghakimi murid
terbabit serta keluarga mereka.
"Bapa
murid berkenaan membuat laporan polis kerana diminta oleh pihak
hospital selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan selepas kejadian.
"Dia
sebenarnya hanya mengikut prosedur sehingga kes dibawa ke mahkamah.
Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.
Cikgu
Azizan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
Taman Semarak didakwa sengaja menyebabkan kecederaan pada ppi kiri
seorang murid lelaki berusia 11 tahun yang dilakukan di hadapan tapak
perhimpunan sekolah berkenaan pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
Majistret
Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa
Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan
Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. - www.kakishare.tv
__________________________________________________________
sumber
0 Comments