Doa Percepatkan Jodoh

 

Baru-baru ini semasa saya sedang mengimbas majalah dan buku-buku di sebuah kedai buku ternama, saya terpandang sebuah buku yang ditulis oleh Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz terbitan Darus Syifa’ berjodol “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit”. Buku ini banyak memaparkan kaedah-kaedah Syifa’ dan doa-doa berguna untuk merawat pelbagai penyakit di samping juga ada doa-doa yang mungkin bermanfaat untuk kegunaan sekeluarga seharian.
Dalam membelek-belek helaian buku tersebut, terpampang satu doa tentang cinta dan jodoh iaitu doa cepat jodoh dan doa putus cinta. Memang kita semua tahu soal jodoh ini adalah hak ekslusif Allah SWT, namun ini tidak bermakna kita sebagai makhluknya hanya berpeluk tubuh dan tidak berusaha untuk memperolehi apa yang kita inginkan.

Di bawah saya paparkan ke dua-dua doa tersebut. Buat sesiapa yang masih lagi solo, jangan putus asa dan cuba amalkan apa yang disaran oleh Dato’ Dr. Haron Din ini. Apa-apa pun anda digalak untuk membeli buku tulisan beliau tersebut untuk mengetahui rahsia khazanah doa syifa’ yang terdapat dalam buku tersebut… Wallahu A’lam
doa dekat jodohdoa putus cinta
P/S: Amalkan doa-doa ini setelah anda berikhtiar dan berusaha sepenuh hati.



__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

0 Comments