Aliff Syukri share video anak angkat tapi ter’belanja’ perempuan tengah salin baju nampak bra

TULAR menerusi media sosial sebuah rakaman menyaksikan pengasas terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilihat tertarik untuk mengambil seorang anak angkat warganegara Sepanyol.
Menerusi video rakaman berkenaan, usahawan popular tersebut dilihat begitu tertarik dan teruja untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.
“Can you give your kid? Can I take this baby? Please…,” ujar Aliff menerusi posting berkenaan.
Tetapi, perkara itu telah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi perempuan berkenaan.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen berkenaan video tersebut bukanlah keterujaan yang dipamerkan oleh Aliff.
Sebaliknya, aksi wanita warganegara Sepanyol yang sedang menukar busana secara terbuka di belakang Aliff sehingga menampakkan pakaian dalamnya.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 600,000 tontonan itu malah menerima pelbagai reaksi daripada netizen sendiri.
Rata-rata antara mereka mengecam dan mengkritik video berkenaan kerana beranggapan ia agak keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah.Tak salah nak berkongsi moment happy tu tapi tengok-tengok jugaklah keadaan sekeliling tu Datuk…

Sumber: MYNEWSHUB.CC


__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

0 Comments