░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/23/16

Gambar intim Usain Bolt bersama gadis tersebar


Rio De Janeiro – Belum reda lagi bahang Olimpik Rio 2016, tumpuan masyarakat dunia kini terarah kepada jaguh pecut dunia, Usain Bolt selepas beberapa gambar intim memaparkan pelari dari Jamaica itu bersama seorang gadis tersebar di laman sosial.

Memetik laporan portal Mail Online hari ini, gambar tersebut dikongsi seorang pelajar berusia 20 tahun dari Rio yang didakwa dirakam ketika Bolt menghadiri satu pesta liar pada Ahad, sehari sebelum penutup temasya Olimpik Rio yang berlangsung hari ini.

Menurut laporan portal tesebut lagi, gadis tersebut, Jady Duarte dikatakan berkongsi gambar menerusi aplikasi WhatsApp, yang antaranya menunjukkan gadis itu hanya memakai baju putih tanpa lengan, sementara Bolt, yang dalam keadaan tidak berbaju dilihat memeluk gadis tersebut dari belakang.

Sementara, satu lagi gambar yang tersebar di beberapa laman sesawang di Brazil termasuk El Globomenunjukkan Bolt seolah-olah sedang mencium pipi gadis itu, manakala Duarte melihat kearah kamera.

Malah, Mail Online turut melaporkan Bolt, satu-satunya pelari pecut yang menyapu semua tiga emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada Ahad (semalam), selain memberi gambaran bahawa Bolt berpesta sehingga awal pagi pada Ahad di sebuah kelab yang terletak di pinggir bandar Barra de Tijuca di Rio.
Gambar-gambar intim tersebut menunjukkan bintang tersohor dunia itu berada di bilik tidur bersama pelajar terbabit yang didakwa dirakam sekitar jam 7 pagi waktu tempatan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Duarte memberitahu akhbar tempatan bahawa dia ‘tidak menyedari’ lelaki tersebut adalah atlet terkenal dan menyifatkan pertemuan pada malam itu sebagai ‘normal’.

Bagaimanapun portal tersebut turut melaporkan, Duarte bukan satu-satunya wanita yang mencuri perhatian Bolt pada malam Ahad. Ini kerana, sebuah video yang di muat naik di Twitter menunjukkan Bolt turut ‘ghairah’ menari bersama seorang gadis tempatan pada malam tersebut.

Dipercayai Bolt menghadiri pesta tersebut selepas beberapa jam beliau meraih pingat ketiga di Olimpik.

Bolt dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Kasi Bennet, 26, sejak dua tahun lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh kakak Bolt, Christine Bolt-Hylton, yang memaklumkan pasangan tersebut dijangka bertunang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, sehingga kini Bolt tidak memberi sebarang maklum balas berhubung gambar kontroversi itu.

Pemegang rekod dunia itu berkata pada Februari lalu bahawa beliau akan bersara dari sukan olahraga selepas kejohanan dunia 2017.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com