░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

10/12/15

Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu



Siapa yang pernah menjejakkan kaki di Terengganu pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pelbagai makanan laut yang digoreng di warung ini. Pertama kali kami menjejakkan kaki di sini, punyalah terkejut sebab ramai orang.
BACA: 5 Pulau Cantik Untuk Percutian Bajet Di Terengganu
Lokasi yang kami pergi ini ialah Warong Pok Nong yang sangat terkenal bagi mereka yang mahu berkunjung ke negeri Darul Iman ini. Apa yang menambah lagi feeling makan di warung ini ialah ia berhadapan dengan pemandangan laut. Kiranya sambil-sambil makan, sambil ditiup angin laut.
9 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637556_175.139.136.147

Menurut salah seorang pekerja yang sempat kami tanyakan di sini, hari yang biasanya ramai orang adalah hari Sabtu kerana ia adalah hari hujung minggu selain hari untuk bersama keluarga setelah penat bekerja lima hari.
Warungnya biasa-biasa saja, tiada apa yang fancy tetapi memang penuh orang. Malah ada beberapa kerusi juga ditempatkan di luar bahagian warung untuk memudahkan anda menikmati makanan di sini.

11 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY

Apa yang uniknya di sini, anda perlu gunting sendiri sotong yang bersaiz boleh tahan besarnya tapi jika take away, memang akan dipotong siap-siap.
Selain hidangan makanan laut bergoreng penuh nikmat, anda boleh juga memesan ais parut jagung. Lebih kurang air batu campur (ABC) dengan tambahan jagung. Sedap belaka bagi kami sebab tengah lapar ketika sampai di sini.

12 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY
Harga sotong di sini adalah mengikut saiz (harga akan ditulis siap-siap dan akan diletakkan di dalam pinggan) manakala harga ikan dan juga udang adalah tetap bermula dari RM4 dengan saiz yang memang memuaskan.
6 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637460_175.139.136.147

Jika anda masih belum berkesempatan berkunjung di sini, boleh gunakan apllikasi Waze dan taip sahaja Warung Pok Nong yang terletak berdekatan jugalah dengan lapangan terbang Sultan Mahmud. Kawasan warung ini terletak ke dalam sikit di samping menyusuri pantai. Layan jugalah tengok daun pokok kelapa terbuai-buai di tepi pantai, itu pun jika anda tidak memandulah.
TIPS:
1. Jika anda makan di sini ketika orang ramai, harapnya anda mempunyai sedikit perasaan bertimbang rasa jika telah selesai makan dan tidak mengada-ngada duduk berborak walaupun tahu ramai lagi orang sedang mencari tempat duduk untuk makan.
2. Jika sudah makan bersepah satu meja sebab kupas kulit udang dan juga tulang-tulang ikan di sini, tidak ada salahnya jika anda kutip semula dan letakkan di dalam pinggan bagi memudahkan proses pembersihan oleh pekerja di situ. Kita mudahkan kerja orang lain, nanti kerja kita akan dipermudahkan pula, tak begitu?
3. Jika ada yang ingin makan di tepi pantai dan tapau daripada kedai Pok Nong, harapnya jagalah kebersihan. Tidak luak tenaga pun jika boleh buang sampah pada tempat sebetulnya. Sebelum belajar hormati orang lain, tidak salah jika hormati alam sekitar.
Bagi anda yang merancang mahu ke sini, bolehlah mula datang pada pukul 3.30 petang (warung mula dibuka). Kami tidak pernah sampai pada hari lain tapi jika ingin merasa meriah, boleh datang pada hari Sabtu.
Kami kongsikan beberapa keping gambar di gerai Pok Nong bersama anda, siap ada Pok Nong sekali di dalam gambar.

Anda boleh pilih sendiri dan ambillah seberapa banyak pun, janji bayar

1 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637281_175.139.136.147

Kepada yang mahu bungkus pun boleh

2 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637382_175.139.136.147

Ikan celup tepung (ICT) yang baru digoreng

3 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637419_175.139.136.147

Layan juga ABC jagung parut ini

7 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637497_175.139.136.147

Gunting dan penyepit disediakan bagi memudahkan anda memotong sotong yang besar

5 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY

Pok Nong memang sentiasa sibuk kami lihat

13 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY

Jika sudah siap makan, bolehlah beli layang-layang untuk main di tepi pantai

10 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637586_175.139.136.147

Tenang sungguh pemandangan di sini. Perut kenyang, hati senang

8 - Ini Warung Wajib Pergi Jika Anda Ke Terengganu - VITDAILY__1444637530_175.139.136.147

Jika anda pernah ke sini atau mungkin kampung anda di Terangganu, bolehlah kongsikan bersama kami mana-mana lagi lokasi yang menarik untuk dikunjungi di negeri ini. Oh, sos di warung ini memang sedap. Senang cerita, sos keropok lekor di Terangganu memang power habis.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com