[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan ‘bottleneck’ yang mengakibatkan kelajuan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Contohnya, walaupun melanggan streamyx 8Mbps, anda masih mengalami lag ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming video.
Tips mudah ini membantu anda lajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.

Lajukan Wifi Dari Router TM

lajukan tm wifi-router
Saya rasa majoriti pengguna internet TM (terutama Streamyx) menggunakan router yang dibekalkan sendiri oleh TM. Kalau mampu, tukarlah kepada router jenama lain seperti Asus untuk kualiti dan usability yang lebih baik berbanding router TM. Jika anda tidak bercadang untuk menukar router, saya galakkan praktik tips seperti di bawah untuk dapatkan sambungan Wi-Fi yang lebih memuaskan.
Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda
lajukan tm wifi router
Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :
Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.
Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja
lajukan tm wifi router 2
Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.
Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.
AMARAN : JIKA ANDA MENGGUNAKAN DEVICE YANG MENYOKONG Wifi G sahaja, jangan buat langkah ini kerana di khuatiri anda menghadapi masalah tidak dapat connect ke WIFI.
Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.
#Nota 1: Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.
#Nota 2 : Laptop atau model telefon lama mungkin tidak mesra wireless N atau tidak dapat connect langsung.
Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2
lajukan tm wifi router 3
Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.
Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.
Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.
Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS
google-dns-streamyx
Saya pernah tulis mengenai Google DNS, enam tahun lepas. Tapi hari ini ianya masih relevan. Google DNS tidak meningkatkan kelajuan wifi tetapi membantu anda melayari web dengan lebih pantas. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.
Langkah 5 : Menukar kedudukan router
Router TM biasanya guna ‘internal antenna” jadi signal tidak kuat berbanding router yang ada 2 atau tiga tanduk, dan boleh menjadi bertambah lemah sekiranya banyak halangan. Letak router di kawasan utama dan terbuka dan elakkan dari meletak router di bilik paling hujung atau tempat tersorok. Percayalah, kalau signal tidak banyak halangan, wifi pun akan jadi kuat dan laju.
—————————————–
Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.
Saya merupakan pengguna modem dan router Asus yang menggunakan custom firmware. Kalau post ini dapat sambutan, mungkin saya boleh cerita sikit mengenai pengguna modem dan router Asus di dalam artikel akan datang.
Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search