░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/13/15

Pesawat Malaysia Buat Pendaratan Cemas di Jalanraya di Jeddah



JEDDAH – Satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial tempatan di Arab Saudi memaparkan kejadian sebuah pesawat yang terpaksa membuat pendaratan cemas di jalan raya menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari twitter Bernama Radio24, pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya di Jeddah dan perkara itu disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sini.

Difahamkan pesawat terbabit membuat pendaratan cemas berikutan keadaan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit dan ekor kapal terbang itu jelas memaparkan logo wau Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Screen Shot 2015-09-12 at 1.47.12 PM 
Screen Shot 2015-09-12 at 1.47.26 PM

Namun, pihak MAB berkata, pihaknya setakat ini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video terbabit malah berkata semua pesawat syarikat Malaysia tersebut dilaporkan berjaya mendarat di Jeddah dengan selamat.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian aneh berkenaan, namun apa yang pasti, ribut pasir kuat kebetulan memang melanda Makkah termasuk sekitar kawasan Masjidil Haram. – Siakapkeli.my

__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com