░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/6/15

Padah pegang anu di depan wanita dalam LRT, Amran Shah Abu Samah dipenjara tiga tahun

Lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga viral dalam media sosial bulan lalu, dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, petang tadi, atas tuduhan memegang kemaluannya bertujuan mengaibkan kehormatan seorang wanita.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Amran Shah Abu Samah, 41, selepas dia mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Padah pegang anu di depan wanita dalam LRT, Amran Shah Abu Samah dipenjara tiga tahun
Padah pegang anu di depan wanita dalam LRT, Amran Shah Abu Samah dipenjara tiga tahun

Bapa kepada dua anak yang memakai baju melayu itu kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pegawai khidmat pelanggan berusia 26 tahun di dalam LRT Star Stesen Masjid Jamek, di sini, 11.45 malam, pada 13 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
 
Sumber : Metro
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com