░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/9/15

'KPT Boleh Ganti Nyawa Suami Saya?'

Dari laman Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage

Assalamualaikum akak. Saya nak minta tolong akak viralkan masalah kawan saya. Saya rasa inilah jalan yang terbaik untuk membela nasib isteri arwah.

Sampai sekarang tiada jalan penyelesaian masalah kawan saya. Sekarang, isteri arwah sedang menunggu tarikh untuk bersalin. Saya harap akak dapat merahsiakan nama saya. Jasa baik akak saya amat hargai. Moga Allah sentiasa melindungi akak sekeluarga. Terima kasih kak Dina.

Di sini saya ingin meluahkan rasa terkilan dengan Kementerian Pelajaran Tinggi bahagian Politeknik yang tiada perikemanusiaan dan timbang rasa terhadap pekerjanya sendiri.

Saya ingin menceritakan kisah rakan baik saya yang merayu memohon pertukaran tetapi langsung tidak diendahkan oleh pihak atasan. Kisah beliau bermula pada tahun 2008.

Beliau disahkan berpenyakit darah beku di kaki, PE (pulmonary embolism), DVT (deep vein thrombosis) dan disebabkan penyakit itu juga beliau menghadapi masalah paru-paru tersumbat yang disahkan oleh pihak hospital.

Disebabkan masalah itu, beliau tidak dibenarkan menaiki kapal terbang. Doktor pakar telah mengeluarkan surat tentang permasalahan beliau. Sesiapa saja yang menghidap penyakit ini tidak dibenarkan menaiki kapal terbang kerana ia akan menyebabkan paru-paru tidak dapat mengempam darah ke seluruh anggota lain kerana tekanan tinggi di atas awangan dan paru-paru yang tersumbat disebabkan darah beku itu akan merebak ke bahagian lain seperti jantung, bahagian lower exterimity.

Penyakit beliau juga telah merebak ke organ utama seperti jantung. Beliau penghidap conjustive cardiac failure. Secara jujurnya saya ingin memberitahu, beliau memang tidak pernah menaiki kapal terbang dari lahir sehingga umur 30 tahun. Tetapi disebabkan tugas beliau sebagai pensyarah, beliau terpaksa ditukarkan ke Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Setelah pelbagai usaha dilakukan, rayuan dibuat, tetapi hanya janji manis pihak atasan diberi. Pihak atasan beri harapan jika penyakit beliau masih tidak sembuh, beliau dan isteri akan ditukarkan ke semenanjung.

Dengan berbekalkan harapan tersebut, beliau dan isteri mengambil risiko untuk menaiki kapal terbang. Setiap kali permohonan pertukaran kelluar, beliau pasti akan mengisi tetapi tidak disokong oleh Tuan Pengarah di sana. Lebih menyedihkan, Tuan Pengarah langsung tidak mendengar rintihan arwah tentang penyakitnya.

Arwah sangat terasa hati dengan sikap Pengarah PKK kerana beliau diminta untuk memohon cuti tanpa gaji sehingga sembuh.

Doktor pakar sudah mengeluarkan kenyataan bahawa penyakit arwah tidak boleh sembuh melainkan arwah melakukan pembedahan jantung. Akan tetapi, hanya harapan tipis untuk sembuh. Lebih menyedihkan, selama 1 tahun 7 bulan beliau di sana, keadaan beliau selalu tidak sihat.

Pada 10 Julai 2015, beliau pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga. Tetapi pada 1 syawal, beliau telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan beliau yang sakit teruk.

Selepas beberapa minggu berada di wad, beliau dikeluarkan tetapi dimasukkan semula kerana keadaan beliau yang semakin teruk.

Tanggal 25 Ogos 2015 pada jam 8 malam, beliau meninggal dunia. Al-fatihah.

Beliau meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung anak sulung beliau selepas 7 tahun perkahwinan mereka. Permata hati yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama yang dahulunya berita gembira buat beliau akhirnya bertukar menjadi berita sedih akan akan meninggalkan kesan mendalam buat si isteri.

Akan lahirnya seorang insan tanpa kasih sayang seorang bapa yang menginginkan seorang anak sekian lamanya. Inilah balasan di atas pengorbanan dan jasa baik guru yang selalu diagung-agungkan oleh semua pihak.

Salam takziah buat pensyarah Politeknik Kota Kinabalu dan isteri. Semoga tabah menghadapi dugaan besar tersebut dan mendidik anakmu supaya menjadi insan berguna di dunia dan akhirat, amin.

Terima kasih kerana memisahkan hubungan anak dengan ayah. Terima kasih kerana perangai tidak berperikemanusiaan pihak atasan, anak sulung arwah tidak dapat mengenali arwah. Terima kasih semua.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com