░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/18/15

Kerana Jam Menyerupai Bom, Remaja Islam Ini Dijemput Obama Ke White House



Hangat diperkatakan ketika ini adalah isu mengenai seorang ramaja Islam, Ahmed Mohamed yang menjadi trending di seluruh dunia apabila ditahan kerana jam rekaannya menyerupai bentuk sebutir bom.

Kejadian tersebut berlaku di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas apabila Ahmed iaitu seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan membawa jam hasil rekaannya itu ke sekolah untuk ditunjukkan kepada guru kelas.

Namun lain pula jadinya apabila seorang guru telah melihat jam tersebut dan menganggap ia sebagai satu ancaman bom.

Lebih teruk lagi, guru itu juga telah menghubungi pihak polis kerana mengesyaki jam tersebut mempunyai bahan merbahaya sekaligus mengakibatkan kanak-kanak berusia 14 tahun itu ditahan di Amerika Syarikat.

Difahamkan, walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukanlah senjata berbahaya seperti yang disangka tetapi guru berkenaan tetap tidak percaya dengan penjelasannya.

Susulan daripada kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan hashtag #IStandWithAhmed sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut.

Dalam sekelip mata, #IStandWithAhmed  kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.


*Presiden Amerika Syarikat, Obama menyatakan hasrat untuk bertemu Ahmed*

Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah.

Dalam pada itu, insiden itu juga menarik perhatian golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.

*Selain Obama, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg juga mengagumi kepintaran Ahmed dan berhasrat untuk bertemunya*

Manakala Mark (Zuckerberg) pula memuji kebijaksanaan Ahmed yang mampu mencipta jam pada usia muda serta menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengannya.

Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunanakan.

Dia kemudian dilepaskan dari tahanan polis selepas disoal siasat.

Sumber: Astro Awani
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com