░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/6/15

CIKGU INDIA DAKWA KAKITANGAN PTPTN TENGKINGNYA: ‘KES KAKITANGAN PTPTN RAWANG, SELESAI’

Susulan kes kakitangan PTPTN cawangan Rawang yang viral tempoh hari, dalam perkembangan terkini difahamkan masalah tersebut telah selesai di antara pihak PTPTN Selangor dengan Cikgu Kavithra Subramaniam. 
“Terima kasih kepada Pengurus Besar PTPTN Negeri Selangor, Puan Rohaida Deris dan PTPTN kerana telah mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai berkenaan. 
“Puan Rohaida telah meneliti CCTV sebagai bukti aduan saya dan meminta maaf kepada saya.  Saya rasa segan kerana seorang pegawai tinggi meminta maaf tetapi pegawai lelaki itu menafikan dan menyatakan saya berbohong. Bukan itu sahaja, beliau mencaci profesion saya sebagai warga pendidik. Begitu hinakah kami?” soalnya. 

Cikgu India Dakwa Kakitangan PTPTN Tengkingnya: 'Kes Kakitangan PTPTN Rawang, Selesai'
Cikgu India Dakwa Kakitangan PTPTN Tengkingnya: ‘Kes Kakitangan PTPTN Rawang, Selesai’

Dalam status yang dimuat naik pada 4 September itu, Kavithra juga menyatakan kekecewaannya terhadap komen dan blog yang didakwanya telah menokok-nambah statusnya dengan suntkan berbaur rasis.
“..’Jangan percaya cakap India itu. Publisiti Murahan..’, adakah seperti itu merujuk saya? Anda ingat begitu hinakah kami yang berbangsa India?” keluhnya kecewa yang juga meminta blog seperti Gile Kentang dan The Hype Media keluar dari tempurung kelapa. 
“Negara kita sudah mencapai merdeka 58 tahun namun anda dan segelintir masyarakat masih tidak berjiwa merdeka,” katanya.
PENAFIAN
Untuk makluman Puan Kavithra Subramaniam, kami tidak pernah menokok tambah kes anda mahupun menyuntik sebarang elemen rasis dalam kes anda. 
Kenyataan “Jangan Percaya Cakap India Itu. Publisiti Murahan” itu adalah kenyataan dari pegawai lelaki itu sendiri yang kini telah memadamnya dari laman Facebook. 
Dalam kes seperti ini, kami tidak sesekali menyokong mana-mana pihak dan hanya bertindak melaporkan apa yang viral di laman sosial. 
Kenyataan ‘keluar dari tempurung kelapa’ dan ‘anda masih tidak berjiwa merdeka’ itu agak keterlaluan. Niat melaporkan kes akhirnya disalah-ertikan sehingga menimbulkan sangkaan yang tidak baik terhadap laman ini. 
Walau bagaimanapun, beribu-ribu tahniah di atas ‘kemenangan’ yang anda perolehi dan semoga terus sukses dengan karier anda sebagai warga pendidik.
Sumber : THEHYPEMEDIA.COM
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com