[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

[6 Gambar] Ramai Yang Takkan Percaya… Upacara Mayat DILIPAT-LIPAT Sebelum DIKEBUMIKAN Ini Diamalkan Di Malaysia !!



BUNYI paluan gong sayup-sayup kedengaran di Kampung Ansip, Keningau, Sabah. Bunyi itu menandakan terdapat kematian yang berlaku dalam sesebuah keluarga…

Sejurus gong dipalu, semua penduduk kampung perlu berhenti daripada melakukan apa-apa aktiviti. Jika ada yang masih berdegil, mereka perlu memberi seekor babi kepada keluarga si mati…Selang beberapa minit selepas gong dibunyikan, seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung berkumpul di rumah keluarga si mati untuk menangisi dan meratapi pemergiannya…

Mayat kemudian akan dimandikan, dikenakan pakaian cantik dan dibiarkan berada di rumah keluarganya selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu tempayan yang diperbuat daripada tanah liat…Bekas itu boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dibeli daripada penjual tajau…

Selesai upacara memasukkan mayat, tajau itu akan diusung untuk diletakkan di lima sirap iaitu sebuah pondok besar dan tinggi…

Menurut pembuat lima sirap, Simon Susuru, bagi suku kaum Murut, mereka percaya urusan kematian perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut adat resam bagi mengelakkan berlakunya sebarang bencana atau musibah…

Mereka percaya mayat yang sudah meninggal harus dikebumikan seperti kedudukan mereka di dalam rahim ibu,,,kata Simon ketika ditemui kru Jurnal di pameran kraf warisan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini…

Bomoh Babalian

Tambah lelaki berusia 61 tahun itu,,,proses pengebumian masyarakat Murut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengebumian…Sebelum pengebumian, ahli keluarga akan membunyikan gong dengan bunyi tertentu untuk memberitahu seluruh masyarakat kampung bahawa terdapat keramaian bagi menghormati si mati…

Bunyi yang dihasilkan akan membawa maksud berbeza bagi mewakili jantina, pangkat dan punca kematian seseorang itu,ujarnya sambil memberitahu aktiviti penguburan itu lazimnya diamalkan oleh masyarakat kuno Murut di Sabah sejak beratus bertahun lalu…

Simon yang merupakan suku kaum Murut daripada etnik Paluan berkata, pukulan gong itu akan dilakukan pada tiga hari berturut-turut…

Paluan pada hari pertama untuk mengkhabarkan terdapat kematian, manakala hari kedua bagi memaklumkan yang mayat masih berada di rumah…
Pukulan gong pada hari terakhir adalah untuk memberitahu mayat sudah dikebumikan…


Dulu semasa saya tinggal di Tambunan,Sabah saya juga melihat suasana pengebumian masyarakat Kadazan Dusun dikebumikan.Bunyi paluan gong mengiringi mayat hingga ke kubur,dan disetiap kampung mempunyai kuburnya sendiri, walaupun jarak diantara kampung tidaklah sejauh mana…
Racun lontong..

Bercerita lanjut, Simon memberitahu, pada hari ketiga, barulah mayat akan dimasukkan ke dalam tajau berkenaan…


Untuk memasukkan mayat ke dalam tempayan itu, terdapat satu upacara yang akan dilakukan oleh bomoh Babalian yang dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib…

Upacara yang perlu dilakukan bomoh itu adalah menyiram mayat dengan air panas untuk melembutkan otot dan tulang-temulang mereka supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam tajau tersebut…

Mayat ini dilipat seperti kedudukan bayi dalam rahim ibu sebelum dimasukkan ke dalam tajau. Jika tidak muat, mayat ini dimampatkan sedikit sehingga dapat dimasukkan. Pun begitu, perkara ini jarang berlaku kerana mayat seolah-olah akan bergerak sendiri seperti sudah tahu cara kedudukan mereka…




__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search