░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/15/15

Wartawan Melodi Muat Naik Gambar PM Yang Diedit Digantung Tugas, Lapor FMT



PETALING JAYA: Akibat dari memuat naik satu gambar menghina Perdana Menteri, Najib Razak di Instagram, seorang wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi dikatakan telah digantung tugas.

Namun, menurut Free Malaysia Today, laporan pergantungan tugas ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Media Prima.

Zuan Azmi atau Zuanbikinpanas sebelum ini telah memuat naik sekeping gambar Najib Razak yang telah diedit.

Bagaimanapun, beliau dengan segera meminta maaf atas kesilapannya itu.

Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya di laman Instagramnya.



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu. Utk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma sy perolehi dari beberapa whats app group saya setelah menjadi topik perbualan. Caption "Amboi posing takmau kalah no" juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara. Segala yang dikongsikan di akaun saya adalah pandangan & kata-kata peribadi saya sahaja & tidak mewakili mana-mana pihak & organisasi. Saya juga akan lebih berhati-hati & lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa sahaja di akaun Instagram saya selepas ini. Saya amat berharap permohonan maaf secara terbuka ini akan diterima dengan baik oleh semua pihak. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat semua yang membaca permohonan maaf terbuka ini. Amin YRA
A photo posted by Zuan Azmi Official's (@zuanbikinpanas) on
Menurut Zuan juga, dia tidak terlibat dalam pengeditan gambar tersebut tetapi dia memperoleh gambar itu melalui Whatsapp. - Siakapkeli.my
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com