░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/6/15

'TAKKAN MAMPOS KAU MAKAN NASI KERAK NI!'







Dibawah adalah kes air sirap satu jug RM10 yang berlaku sebelum kes baru-baru ini.
Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah, aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera Klebang, Melaka semalam.


Kedai makan yang aku singgah tu tak ada air batu, jadi aku minta izin nak order air di kedai lain. Aku pun orderlah kat kedai nombor 7 ni.


Pekerja dia buatkan air dan hantar satu jug air sirap ke tempat aku makan. Oleh kerana air batunya sikit sangat, aku suruh anak aku pergi kedai tadi, tambahkan air batu sebab dia kenakan harga RM10 untuk satu jug air sirap.


Tiba-tiba anak aku datang balik tanpa jug air tu. Aku tanya 'mana jug air?'. Dia kata tokey kedai marah dia.


Eh? Aku pun pergilah tanya apa pasal. Anak aku nak minum air kan, kenapa pula tak dibaginya air tu?


Bila aku tanya, tokey kedai dan anak dia maki aku kaw-kaw depan customer. Diorang kata 'makan meja mana?'. AKu terpinga-pingalah of couse tak tahu apa sebenarnya yang dia marah.


Aku tanya lagi, 'apa pasal ni? apa yang salahnya? aku bayar kan? apa pasal nak marah?'.


Rupa-rupanya tokey kedai nombor 7 ini tak suka orang order air dia tetapi makan di meja yang lain.


Aku pun naik hantulah sebab anak aku nak minum ni dia pula tak bagi. Sudahlah caj RM10 untuk satu jug air sirap. Habis? Dia rampas air itu separuh jug lagi, dia tak bagi aku habiskan. Dia ambil RM10 yang mana adalah hak aku sebagai pembeli.


Dia maki pula aku depan orang lain tanpa kesalahan yang mana aku sendiri pun tak tahu apa puncanya. Mana etika dia sebagai peniaga?


Aku beritahu suami aku, dia datang jumpa makcik itu dan anak dia. Lelaki aku tanya baik-baik anak dia yang pondan tua nak mampus tu terpekik-pekik maki suami aku. Kurang ajar betul! Suami pula kata nak lapor pada Usop Soroj.


Makcik itu jawab dengan sombongnya, "Siapa Usop Soroj tu? Aku tak takut dengan dia. Dia siapa? Agong ke??"


Ewahh! Betul-betul makcik itu berlagak macam rezeki dia. Dia yang tentukan.


Kau bayangkan betapa keringnya hati dia ambil duit RM10 tetapi aku tak dapat barang seperti hasil yang aku kena bayar. Dia rampas air itu.


Aku merayu dia bagi air itu pada anak aku sebab dia nak minum. Dia halau aku keluar dari kedai depan customer lain tahu tak? Dia terjerit-jerit macam aku ni salah besar.


Itu yang aku tak puas hati. Aku maki dia balik. Aku kata, "Cakap baik-baiklah. Jangan maki orang tak tentu hala!". Dia ingat anak tekak dia je, dia tak tahu anak tekak aku macam mana.


Sudahlah kedai kotor, makanan pula terdedah tanpa penutup. Lalat hinggap pada makanan pun dia jual pada orang.


Mana pergi penguat kuasa? kenapa tak datang pantau dia ni? Tak patut dapat lesen berniaga kalau macam ini punya etika. Buat malu Melaka je kalau orang luar datang dia maki hamun. Busuk nama orang Melaka.


Itu pun tokey kedai tempat aku makan kata sebelum aku kena marah, ada seorang customer dah kena maki sebab customer itu komplen makcik itu bagi nasi berkerak. Makcik itu siap boleh kata,


"TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASI KERAK NI!!"


Korang tengok, betapa kurang ajarnya peniaga kedai nombor 7 ini dengan customer. - Maznah Rahmat.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com