░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

8/13/15

Sekumpulan wanita berbaju kurung sopan dan bertudung bangga pamer aksi hisap vape

ENTAH bermula sejak bila, tiba-tiba rokok vape (vaporizer) menjadi satu fenomena dan kegilaan ramai sehingga kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat di mana-mana.
Barangkali, ramai yang memuji rokok vape ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok biasa. Namun, sejauh mana manfaat rokok jenis elektonik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya.
Peliknya, gara-gara persepsi dan anggapan bahawa alat ini ‘selamat’ untuk digunakan, ramai anak gadis berani turut serta merasai sendiri kenikmatan menghisap rokok vape.
Lebih kronik, jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar ditemui, kini mereka tanpa segan silu dan tiada perasaan malu untuk menghembuskan asap rokok vape dikhalayak ramai.
Malah, ada juga gadis yang bangga berkongsi gambar selfie sambil menghisap rokok vape seolah-olah bangga dengan aksinya yang disifatkan cool.
Buktinya, lihat aksi tidak tahu malu beberapa gadis Melayu yang sama-sama ‘berjemaah’ menghasilkan hembusan kepulan asap tebal menggunakan rokok vape.
unnamedTak pasal-pasal aksi mereka itu menerima kritikan dan tohmahan seantero Malaysia selepas berkongsi gambar tersebut menerusi laman sosial lalu tersebar luas menjadi viral.
Alahai, elok-elok manis mengenakan baju kurung dan bertudung litup, habis hilang semua elemen kesantunan dan kesopanan.
Malah, para lelaki sendiri termasuk penghisap rokok tegar mengakui tidak suka melihat gadis yang merokok kerana berpendapat gadis seperti ini bagaikan tiada tarikan.
Bila tersebar hal-hal seperti ini, sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej wanita Melayu yang cukup terkenal adab sopannya.
Apa pun, semoga kisah viral ‘gadis-gadis vape’ ini menjadi sempadan dan pengajaran kepada wanita lain agar tidak mengikut jejak langkah yang memalukan seperti ini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com